SETIAUSAHA POLITIK YAB PERDANA MENTERI BERI MESEJ JELAS KEPADA PENYEBAR FITNAH
Tindakan pengecut tiga portal menyebarkan fitnah politik tidak sedikitpun memberi ancaman kepada kepempimpinan YAB DSIS. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunos telah memfailkan laporan polis dan mengajukan tindakan lanjut kepada peguam sebagai amaran kepada mana-mana pihak yang sengaja 'mencuba' mencalarkan kredibiliti Perdana Menteri. Agenda Daily, Malaysia Life, dan Dialog rakyat adalah tiga portal yang membuat kenyataan kononnya DSIS merayu sokongan dari Muhyiddin kerana khuatir kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Tujuan tiga portal ini adalah untuk melaga-lagakan kepemimpinan yang ada dalam UMNO, dan sengaja mencipta kontroversi bahawa UMNO adalah parti yang tidak mempunyai pendirian terhadap kepemimpinan sendiri. Tidak masuk akal kenyataan tersebut dilakukan memandangkan Memorandum Persefahaman Politik sudah dilakukan di antara Kerajaan dan Pembangkang. Umum sudah tahu, tidak akan ada pembubaran Parlimen sehingga Pilihan Raya Umum akan dat...