BANGSA JOHOR PILIH ISMAIL SABRI



Tahniah Johor! Anda undi kestabilan. 


Sekiranya 75 tahun lalu UMNO dilahirkan di Johor, semalam UMNO dilahirkan semula dengan wajah baru yang lebih segar di bumi bertuah ini.


Demikianlah simbolik kemenangan BN di Johor. Kredit sewajarnya diberikan kepada Ismail Sabri sebagai pencatur politik yang bijak. 


Beliau sedar bahawa dinamik politik di Johor berbeza dengan negeri-negeri lain.

Oleh itu, tawaran-tawaran yang dibuat oleh Ismail Sabri sememangnya eksklusif untuk Bangsa Johor.


Hadiah terbesar beliau sudah tentulah pembukaan sempadan Malaysia - Singapura. Minggu lalu, kerajaan mengumumkan pembukaan laluan darat Malaysia ke Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua.


Tawaran ini cukup lumayan dan besar ertinya buat lebih 415,000 Bangsa Johor yang mencari rezeki di tanah seberang. Tawaran ini hanya boleh dibuat oleh Perdana Menteri khusus untuk Bangsa Johor.


Selain itu, Johor merupakan negeri kedua yang mempunyai tanah rancangan FELDA terbanyak di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 71 tanah rancangan.


Bukan satu kebetulan sebenarnya Ismail Sabri banyak menghabiskan masa di wilayah FELDA sepanjang minggu lalu.


Ismail Sabri mengumumkan kelulusan 3,200 lot tanah di sekitar Johor kepada generasi kedua FELDA untuk membina rumah. RM 60 juta pula diperuntukkan khusus untuk pembangunan infrastruktur di kawasan tanah rancangan di Johor.


Berita yang paling disambut baik warga FELDA sudah tentunya pengumuman kenaikkan harga minyak sawit mentah mencecah RM 8,076.50 se-tan.


Selain itu, setiap langkah yang beliau ambil di Johor sentiasa diiringi calon MB Johor, Hasni Mohammad. 


Perasmian Kolej Satelit di Pontian bersama Hasni, pelancaran skim perumahan tentera di Kem Segamat juga bersama Hasni. Pendek kata, di mana ada Ismail, di situ ada Hasni.


Sebenarnya, beliau sedang memberi mesej secara tidak langsung kepada Bangsa Johor bahawa keakraban mereka akan ditamsil menjadi keakraban Putrajaya dan Johor Bahru kelak.


Demikianlah kebijaksanaan Ismail Sabri mengatur gerak politik. Beliau memilih masa yang tepat dan tempat yang tepat untuk membuat tawaran yang tepat kepada Johor. Hadiah yang diberikan beliau kepada Johor bukan sebarangan, sebaliknya sudah dikaji dan disediakan khusus untuk Bangsa Johor.

 

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA