PAS Leaks Yang Jeleaks



1. Kecoh Arasy Politik Malaysia apabila tersebarnya minit mesyuarat daripada Parti yang paling mengamalkan konsep nahi munkar di Malaysia di media sosial.


2. Ironya, minit mesyuarat daripada sebuah Parti yang menggelarkan diri mereka sebagai sebuah Parti yang TERPALING Islam, apabila dibaca, telah terzahir banyak perancangan yang boleh merosakkan perpaduan ummah. 


3. Selaku pemerhati marhein, aku tak boleh nak cakap yang so called "PAS Leaks" ni boleh dipercayai atau pun tak, tapi kalau ada pihak yang hadir berhujah betapa dokumen PAS Leaks ini adalah "fake", pun aku tidak punya masalah untuk menerima penghujahan sebegitu.


4. Bagi aku, dalam realiti politik semasa  lebih-lebih lagi dengan hadirnya media sosial yang tanpa tapisan, perkara sebegini (fake) adalah sesuatu yang normal, lebih-lebih lagi bila most politicians dah mula pakai "Think Tank Team" merangkap "Cybertroopers" masing-masing. 


5. Bila dah ada "Team Consultant" yang meletakkan sepenuh dedikasi dan luhur jiwa kepada Boss yang yang membayar, sudah pastinya banyak "idea-idea kreatif" yang bersifat luar jangka boleh dihasilkan. 


6. Tambah sekarang dengan adanya Youtube dan western movies, banyak "ilmu" yang boleh dipelajari dengan mudah.



7. Coming back to PAS Leaks issues, dengan meletakkan keabsahan atau ketulenan PAS Leaks sebagai sebuah pembolehubah yang dimalarkan, secara peribadi, aku berpendapat yang isu PAS Leaks ini dibuat HANYALAH untuk memecahbelahkan perpaduan dalaman UMNO.


8. Benda ini ada logiknya. Semenjak PAU tempoh hari, momentum UMNO tengah laju. Banyak "overthinking" dalam kalangan pemimpin dan akar umbi telah pun berjaya dijelaskan, dan masing-masing sudah pun fokus untuk mempersiapsiagakan parti untuk berperang di PRU15 nanti. 


9. Cuma aku rasa kelakar, bila PAS Leaks ni seakan overdo dalam propaganda yang sedang dicipta ini. Kat mana yang overdo? Bilamana ada usaha untuk tarnish imej Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri (DSIS).


10. Usaha pertama - cuba untuk lagakan kepimpinan parti dengan cara menyediakan laporan yang kononnya DSIS sedang berusaha untuk 'tanam' Tokmat, Zahid Hamidi dan Najib cepat-cepat.


11. Aku faham kenapa "team produksi" PAS Leaks masih nak kaitkan nama-nama berikut. Sebab nama-nama ini mempunyai pengaruh yang besar dalam parti UMNO. Sekiranya berlaku pergeseran atau wujud trust issues walau sebesar zarah pun dalam kalangan mereka, sudah pastinya ia memberikan kerugian kepada UMNO.


12. Walhal, propaganda ini boleh dibidas dengan mudah. Bilamana Zahid Hamidi dan Tokmat, secara terbuka maklumkan kepada semua supaya DSIS jaga Kerajaan elok-elok. Rentetan itu lagi, bilamana MKT yang diterajui oleh kedua/dua nama tersebut secara sebulat suara telah bersetuju untuk memilih DSIS sebagai Poster Boy BN, sekaligus mencalonkan DSIS sebagai Perdana Menteri sekiranya BN menang di PRU15 nanti.


13. Kisah lain pula, DSIS baru sahaja berbuka puasa dengan Najib Razak pada minggu lepas di Istana Negara, dan kemesraan mereka berdua jelas teserlah. Lagipun, kalau benar DSIS hendak 'tanam' Najib Razak, percayalah - benda ini dah lama dibuat oleh beliau.


14. Tapi seperkara yang semua kena tahu, DSIS ini orang yang setia dan sedar asal usul sendiri. Beliau tahu dan sedar, Zahid, Tokmat dan Najib lah yang memberi sokongan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Malah, sudah pastinya banyak ilmu-ilmu politik yang diwariskan kepada DSIS oleh mereka ini, terutamanya Zahid-Najib yang berpengalaman luas menguruskan negara. So, propaganda pertama PAS Leaks boleh ditolak tepi.




15. Kemudian, wujud pulak tohmahan kedua iaitu "Team DSIS adalah lemah dan beginner dalam politik". Actually, kalau lah betul dokumen PAS Leaks ni, memang dasyat orang PAS sampai boleh betul-betul kenal team DSIS.


16. Kat sini yang aku musykil, you need someone yang betul-betul kenal dan tahu siapa Team DSIS. Ini bermaksud, "orang itu" mestilah yang selalu bersama Team DSIS dan kenal sekenal kenalnya. Takkan orang PAS selalu join team DSIS kot? Ke ada yang dalam UMNO tu sendiri dipenuhi oleh puak yang suka bermuka-muka sehingga sanggup fake kan minit mesyuarat tersebut? (Jeng jeng jeng, macam mana teori konspirasi aku?). 


17. Pun begitu, macam yang aku cakap tadi, kita jadikan "PAS Leaks" ini sebagai pembolehubah yang dimalarkan, jadi tohmahan yang aku nyatakan di Para 15 adalah sesuatu yang tidak tepat sama sekali.


18. Aku bangkitkan persoalan yang logik je, kalau Team DSIS ini "lemah dan beginner dalam move politik", kenapa yang jadi PM sekarang ni adalah Ismail Sabri, bukannya figure yang kononnya lebih popular macam Azmin Ali, Anwar Ibrahim atau Hishamuddin? Atau maybe jugak Tokmat? 


19. Kemudian, kalau betul lemah, kenapa DSIS boleh menjadi 'kesayangan' pihak pembangkang, yang sudi sign MOU dengan beliau (first time k) dan perasan atau tidak, pembangkang jugak yang mengesyorkan agar DSIS diberikan lagi sepenggal sebagai seorang Perdana Menteri. Hat yang dok canang-canang ada LLLLEGITIMATE NUMMMMMBERS pun masih tak merasa tampuk Perdana Menteri tu.


20. Tambah lagi dengan pengumuman-pengumuman macam pengeluaran duit KWSP, pengenalan gaji minimum yang baharu, dan macam-macam lagi inisiatif yang menyenangkan rakyat, (dan pengumuman dibuat pula ketika PAU), ini kali, bukan orang parti je sayang, rakyat marhein biasa pun sayang tau.


21. So, cuba berhujah sikit, kat mana yang "lemahnya" TEAM DSIS ini? Pada aku, inilah bukti Team DSIS ni bukan lemah atau beginner, tapi ada their own class with their smart thinking and ini bukti Team DSIS bukan calang-calang. Mereka tahu apa yang mereka hendak, perlu dan bijak dalam mencapai objekti yang mereka sendiri tetapkan.



22. Kalau rajin membaca, inilah yang diajar dalam Sun Tzu, supaya kita 'dilihat' lemah, agar musuh tidak menjangka kekuatan sebenar kita. 


23. Jadi cukuplah aku berpanjang lebar berkenaan isu PAS Leaks ini. Bila cakap laju-laju, boleh jadi TER-bunyi "FASIK" la pulak. 


24. Pada aku, PAS Leaks ni lebih sekadar gimik hantu raya yang cuba test the water dalam usaha untuk pecah belahkan UMNO.


25. Buat parti UMNO, anggaplah PAS Leaks ini sekadar gimik murahan puak-puak tertentu yang berusaha untuk hapuskan UMNO dari dalam dan cuba nak hentikan momentum semasa.


26. Sebagai ahli fanclub DSIS (terus claim ye), untuk kaitkan DSIS dalam konsep propaganda ini adalah tindakan yang penuh hina dan akibatnya makan diri sendiri. 


27. Rakyat dan akar umbi UMNO pun sudah pandai menilai, dan mereka pun tahu, DSIS adalah permata yang tak ternilai.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA