DSIS DISAMBUT SEBAGAI WIRA PEJUANG BAHASA SEJATI
Wakil DBP dan PENA hadir dengan sepanduk untuk menyambut kembali kepulangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai wira yang mematabatkan Bahasa Melayu di pentas dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu.
Perdana Menteri mengakhiri ucapan berdurasi 20 minit itu dengan ayat selagi kita bersatu padu dan teguh bersama dalam memikul beban ini, saya pasti kita akan berjaya".
Ismail Sabri turut mengingatkan supaya tidak perlu berasa malu atau kekok untuk menggunakan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
Beliau pernah berkata usaha mematarbatkan bahasa Melayu akan diteruskan dalam mana-mana pertemuan, mesyuarat dan persidangan antarabangsa, sama ada dua hala atau pelbagai hala di dalam mahupun di luar negara mengikut kesesuaian.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana terus langkahmu memperkasakan bahasa dan bangsa Melayu di persada dunia.
Malaysia, jangan pandang belakang lagi, bahasa menunjukkan bangsa. Apabila bahasa ibunda dimartabatkan maka jati diri bangsa akan turut meningkat.
Rakyat Malaysia kagum dengan apa yang dilakukannya dan menyokong penuh hasrat serta ketegasan perdana menteri untuk kembali mermartabatkan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan sebagai bahasa kedua di peringkat antarabangsa.

Comments
Post a Comment