ISMAIL SABRI BUKAN PENGKHIANAT DALAM ISU ‘LANGKAH TROPICANA’


1. Pertemuan ini adalah satu perjumpaan di tempat terbuka dan bukannya di rumah sesiapa. Jika dibuat di tempat terbuka maka tiada perkara yang hendak disembunyikan. 


2. Jika ada rancangan sulit maka tiada orang yang akan buat perjumpaan secara terbuka. 


3. Laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini juga memetik kenyataan Presiden MCA iaitu Wee Ka Siong bahawa tiada pemimpin lain dan tiada perjumpaan secara sulit sehinggakan beliau mencabar untuk lihat rakaman CCTV. 


4. Jika setakat makan dan minum di tempat terbuka maka ini bukan pengkhianatan. Secara logik akal tiada sesiapa yang akan membuat sebarang percaturan politik secara terbuka. Jika ada sebarang ‘langkah’, maka akan dilakukan secara rahsia,tertutup dan sulit. 


5. Dalam senarai dan gambar pun hanya menunjukkan Wee Ka Siong dan Annuar Musa. Mereka berdua adalah orang UMNO dan MCA iaitu rakan gabungan BN sendiri. 


6. Jika ada pemimpin daripada PAS sekalipun tiada pemimpin selain ahli BN melainkan PAS di Tropicana. BN tidak pernah membuat ketetapan ‘NO’ kepada PAS. 


7. Pengkhianat yang sebenar adalah orang dalaman UMNO kini yang cuba untuk pecahkan perpaduan UMNO dengan keruhkan keadaan dengan pelbagai fitnah, naratif palsu dan audio klip yang direka demi mencapai matlamat peribadi mereka. 


8. Politik cantas-mencatas dan saling menjatuhkan dalam UMNO dan BN tidak akan mampu mengembalikan kegemilangan BN. Jika politik perjuangan untuk mengutamakan seseorang individu melebihi parti maka parti akan sekali lagi ditolak rakyat.


9. Kekalahan PRU-15 sepatutnya menjadi pengajaran buat kita semua. Sampai bila parti kita hendak berpecah? Sampai bila UMNO hendak berperang sesama diri sendiri? Sampai bila komponen dalam BN hendak terus berkonflik? 


10. Ismail Sabri bukan pengkhianat. Beliaulah yang berjiwa besar ketika masih berkuasa untuk benarkan PRU sebelum pemilihan. Beliau tegas tidak berikan sebarang jawatan TPM kepada PPBM walaupun didesak bertubi-tubi. Beliaulah yang meluluskan RUU Lompat Parti yang kini menjadi tiang perpaduan BN. Beliau tidak pernah melanggar mana-mana keputusan dan ketetapan yang pernah dibuat oleh UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA