ANWAR JADIKAN DASAR EKONOMI ISMAIL SABRI SEBAGAI TERAS KEPIMPINANNYA
2. Keadaan ini bermakna Kerajaan Perpaduan kini yang diterajui oleh Anwar masih mengikut bajet yang sudah pun dibentangkan oleh Ismail Sabri. Beliau hanya akan membuat sedikit penambahbaikan.
3. Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
4. Keadaan ini juga sama apabila sewaktu Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri beliau juga sendiri menjadi Pengerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.
5. Pencapaian ekonomi negara secara keseluruhan adalah memberangsangkan pada Zaman Ismail Sabri dengan kadar inflasi antara terendah dalam kalangan negara-negara ASEAN iaitu 3.4 peratus.
6. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan, pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan secara bersasar demi memastikan hanya golongan benar-benar memerlukan dapat menikmatinya.
7. Falsafah ini sebenarnya merupakan tunjang falsafah pengurusan ekonomi Ismail Sabri sebelum ini yang memberi penekanan kepada subsidi bersasar. Beliau pernat berkata bagi memastikan tiada pihak tercicir dan pemberian subsidi hanya dinikmati oleh mereka yang disasar, kerajaan sedang merangka mekanisme yang sesuai untuk pelaksanaan subsidi secara bersasar.
8. Ismail Sabri juga meningkatkan pemberian subsidi sebanyak RM77 bilion pada tahun 2022 berbanding peruntukan asal sebanyak RM31 bilion.
9. Oleh sebab itu , Anwar seharusnya mengurangkan lagi beban dan statisik kos hidup dan inflasi yang Ismail Sabri berjaya capai sehingga pada kadar 3.4%.
10. Diharapkan kerajaan baharu dapat mengurangkan lagi kadar inflasi yang lebih rendah daripada 3.4% supaya beban rakyat akan semakin berkurangan.
11. Di samping itu , Anwar pula dilihat jauh lebih aggresif berbanding Ismail Sabri dalam isu mengenai kos sara hidup rakyat dan tidak boleh setakat bermesyuarat dan membuat pengumuman sahaja.
12. Sebelum ini , kos sara hidup menjadi salah satu perjuangan pengurusan ekonomi utama Ismail Sabri sehingga pasukan Jihad Khas Ekonomi diwujudkan.
13. Hasil daripada penubuhan Jihad Khas Ekonomi dan perangi orang tengah maka bekalan ayam , makanan , telur sudah cukup di pasaran dan harga minyak masak berbotol berjaya dikurangkan.
14. Ismail Sabri menyerahkan sebuah keadaan ekonomi dan kos sara hidup serta inflasi yang amat baik kepada kepimpinan baharu untuk terajui negara.
15. Natijahnya , kepimpinan baharu mesti dan wajar memberikan prestasi yang jauh lebih baik daripada sebelumnya walaupun sebelum itu sudah pun pada paras inflasi paling rendah di ASEAN.

Comments
Post a Comment