Ini Masa Tok Mail & Tok Mat

 




UMNO dibina atas semangat watan yang dahagakan kemerdekaan. Kini, parti keramat ini pula perlu dimerdekakan. UMNO perlu merdeka daripada cengkam kuku besi ‘warlords’. UMNO perlu merdeka daripada budaya menyembah tak bertepi


Untuk sebab itu, UMNO menghendakkan wajah baru. Biarkan Najib dan Zahid membersihkan nama mereka tatkala kita fokus membersihkan parti. Duo tersebut telah diberikan peluang mengemudi UMNO dalam perang lampau namun mereka gagal. Masa mereka telah tamat.


Ini masa Ismail Sabri dan Mohamad Hasan.


Gandingan ini secukup rasa. Sekiranya Tok Mail berpengalaman luas di peringkat persekutuan, Tok Mat pula di peringkat negeri. Mereka turut mahir selok belok dunia korporat setelah menceburi bidang tersebut sebaik bergraduasi dari Universiti Malaya. Kedua-dua sosok ini punya sokongan akar umbi yang kuat. Segenap ahli UMNO merentas pangkat dan usia cukup senang berurusan dengan mereka.


Yang terpaling mustahak, Ismail Sabri dan Mohamad Hasan tampil dengan imej dan rekod yang bersih.


Ini yang benar-benar dikehendaki UMNO. Wajah baru UMNO hanya dan hanya akan hadir dengan wajah baru pemimpinya. Kepada segenap ahli UMNO, ingatlah bahawa sumpah setia kita adalah kepada parti dan bukannya pemimpin. Pemimpin boleh diganti, namun UMNO kekal selamanya. 


Oleh : Johan Mat

 

 


Comments

  1. Penulisan yang baik! Kalau inilah gandingannya, it is game over lah for PKR. Mungkin Anwar kena pass the baton to someone else. Haha!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA