Ismail Sabri Untuk UMNO

 



Ogos 2021 : YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia akibat penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen.


Maka kerusi Nombor 1 negara itu kosong, dan segera diisi oleh YAB Dato Seri Ismail Sabri. 20 Ogos 2021, beliau mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Ini kisah yang sudah pun tersimpan dalam lipatan sejarah. Ismail Sabri ialah Perdana Menteri. Titik.


Kini, rumah UMNO pula yang bergelombang. Setelah mahkamah memutuskan bahawa Zahid Hamidi perlu tampil membela diri, bergema soalan paling lantang, siapakah yang layak menduduki Tingkat 38 PWTC? Tidak lain tidak bukan, Ismail Sabri. Ini kerana beliau adalah Naib Presiden paling kanan : beliau menang undi tertinggi dalam Naib Presiden UMNO. 


Walaupun ada yang bertanya, mengapa bukan Tok Mat? Sedangkan beliaulah orang no 2 jika hendak berhujah dari aspek hierarki parti. Tetapi kita juga perlu jelas, adalah amat janggal jika seorang Presiden parti terbesar negara tidak pun kelihatan di pentas Parlimen dan peringkat Persekutuan.


Atas sebab itulah, pemilihan Ismail Sabri sebagai Presiden UMNO dilihat lebih tepat dan perlu pada waktunya. Sebagai seorang Perdana Menteri, beliau telah memecahkan banyak rekod. Beliau adalah Perdana Menteri pertama yang lahir selepas era kemerdekaan. Beliau adalah Ketua Pembangkang pertama yang berjaya menjadi seorang Perdana Menteri. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri yang paling singkat sebelum diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau juga adalah anak Felda pertama yang menjadi seorang Perdana Menteri. Beliau adalah simbol "dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat".


Sekalipun ada pandangan sinis yang menyatakan - ikut tertibnya, ikut tradisinya : Timbalan lah yang akan menjadi Presiden. Tetapi kalau itulah pandangan, perkara yang sama juga boleh diberikan kepada Ismail Sabri kerana – ikut tertibnya, ikut tradisinya : Perdana Menteri adalah Presiden Parti.


Ismail Sabri pun bukanlah insan yang calang-calang. Beliau sudah bersama UMNO sejak tahun 1987 lagi, ini bermakna dari segi seniority di dalam UMNO, Ismail Sabri lebih ke hadapan. Beliau juga sudah menjadi anggota Jemaah Menteri selaku Menteri daripada UMNO sejak tahun 2008 hingga kini. Ketika beliau diangkat menjadi Perdana Menteri, tidak sesekali pun beliau bongkak dan riak, kerana beliau sedar, beliau di tempat itu kerana sokongan UMNO.


Ismail Sabri dan Melayu tidak asing. Beliaulah yang melancarkan komitmen “Jihad Memerangi Orang Tengah” dan “MARA Digital” – satu langkah berani yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana menteri; bertujuan untuk memecahkan monopoli peniaga-peniaga Cina yang dilihat menindas orang Melayu. Beliau juga lantang menempelak peniaga-peniaga Cina yang tidak jujur dalam usaha mensabotaj usaha Kerajaan Persekutuan. Ini adalah bukti bahawa Ismail Sabri adalah pejuang tulen Melayu, dan tidak akan teragak-agak untuk bersuara demi orang Melayu tatkala ramai pemimpin UMNO ketika ini yang cenderung untuk mengambil pendekatan ‘play safe’.


Selaku Perdana Menteri, boleh sahaja beliau 'sailang' Presiden Zahid. Tetapi itu bukan Ismail Sabri. Rasa hormat beliau kepada Zahid Hamidi dan lebih-lebih lagi kepada Institusi Presiden sangat tinggi. UMNO lah asal usul beliau, dan ketaatan itu yang sangat mahal maharnya.


Menjadi Perdana Menteri dalam keadaan negara yang tidak menentu, pastinya mematangkan lagi seorang insan bernama Ismail Sabri. Kematangan inilah yang membuatkan Ismail Sabri tampak tenang dalam berhadapan gelombang serangan dari pelbagai arah – baik dari musuh, mahupun dari kawan yang cuba melaga-laga. Pemilihan Ismail Sabri akan membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO sudah pun mengotakan janjinya – untuk mengangkat pemimpin bersih sebagai ketua. Perkara inilah yang mengembalikan rasa percaya rakyat buat UMNO, memulihkan hati yang terluka, menyejukkan jiwa yang kepanasan, memujuk yang rajuk. 


In Shaa Allah, andai Ismail Sabri ialah Presiden UMNO yang baharu, UMNO akan terus mara untuk seluruh Keluarga Malaysia! 


Oleh : Azzairi Rosle

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA