Lebih Sudu Dari Pua
Dalam memoir terbaru Tun Mahathir, karekter Tony Pua dikatakan terlebih sudu dari kuah. Sewaktu Pakatan Harapan di pundak kuasa, Tony Pua telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan. Meskipun beliau tidak diwahyukan sebagai ahli kabinet, lagak dan ragam beliau mengalahkan seorang menteri.
Tony Pua tidak faham garis pinggir kuasa beliau sebagai setiausaha politik. Berdasarkan sumber terdekat, beliau dikatakan melantik diri sendiri sebagai hulubalang Kementerian Kewangan (MOF). Segala proposal yang memerlukan peruntukan daripada MOF haruslah melalui Tony Pua. Beliau akan menentukan sama ada sesuatu kertas kerja itu berlabuh di meja menteri atau karam di pintu pagar MOF.
Di samping itu, beliau difahamkan beberapa kali menyertai mesyuarat dan membuat keputusan mustahak bagi pihak menteri. Memandangkan sesetengah keputusan yang diambil tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Lim Guan Eng, hal ini menyebabkan kekeliruan di antara pihak MOF dengan pemegang taruh yang terlibat. Bisik-bisik mengenai hubungan dingin Pak Menteri dengan setiausaha politiknya mula kedengaran di pantri Kompleks Kementerian Kewangan.
Tony Pua menunjukkan sisi terpaling menteri beliau setiap kali berurusan dengan kontraktor yang terlibat dalam projek tajaan MOF. Menurut kenyataan Tun Mahathir, beberapa ahli perniagaan tidak selesa berurusan dengan Tony Pua yang dikatakan angkuh. Tony Pua berpendapat bahawa segala kontrak yang diluluskan sewaktu pentadbiran Najib Razak harus dibatalkan berikutan reputasi tidak bersih Ahli Parlimen Pekan itu. Tindakan tersebut tidak dipersetujui oleh Tun memandangkan pembatalan tender akan memberi signal buruk kepada pelabur.
Demikianlah hikayat hidup Tony Pua, hulubalang syok sendiri Kementerian Kewangan. Meski hayatnya pendek di MOF, banyak yang boleh dipelajari daripada kisah ini. Buat politikus di luar sana, ikutlah resmi padi bukan resmi Pua sekiranya mendapat kuasa.
Oleh : Johan Mat
Bestnya siapa yang pegang MOF ni. Patutlah zaman Najib dulu dia taknak bagi kat orang lain. Huhu
ReplyDelete