DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI



Ketika UMNO hilang kuasa pada PRU 14, muncul seorang pemimpin yang menang dalam pemilihan Naib Presiden UMNO dengan kemenangan 183 daripada 191 bahagian seluruh Malaysia. 


Beliau seterusnya ditakdirkan untuk menjadi Ketua Pembangkang dan bermula dari situ menjadi Menteri Kanan , Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya sebagai Perdana Menteri. 


DSIS tidak perlu mencaturkan apatah lagi membayangkan yang dirinya akan menjadi PM. 


Pada ketika itu , beliau hanya mahu memainkan peranan untuk memperkuatkan UMNO dan BN ketika parti berada pada situasi yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air.


Semasa menjadi PM pula riwayat dan jangka masanya sering menjadi persoalan pelbagai pihak. Beliau terpaksa berhadapan dengan serangan daripada luaran dan dalaman. 


Perjalanan beliau menjadi PM tidak pernah sesekali mengikut acuan yang biasanya dilalui oleh kesemua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini. P


Pertama kali dalam sejarah parti yang tidak menang dalam PRU sebelum ini tetapi disebabkan pergolakan kuasa pihak musuh beliau dilantik menjadi PM dalam situasi yang disokong oleh semua pihak.  


Siapa pernah menyangka UMNO akan kembali berkuasa seketika? 


Siapa yang pernah menyangka pihak Pakatan Harapan sendiri sanggup menyokong dan MOU dengan DSIS? 


Pertama kali juga dalam sejarah Presiden UMNO yang berjiwa besar tidak mahu mencalonkan diri sebagai calon PM tetapi mengangkat Naib Presiden mereka iaitu DSIS sebagai Perdana Menteri mereka. 


Siapa pernah menyangka seorang Naib Presiden UMNO boleh menjadi Perdana Menteri ? 


Siapa juga pernah menyangka seorang anak Penoreh Getah bila tiba - tiba muncul sebagai PM yang menyelamatkan negara daripada pelbagai krisis dan masalah? 


Beliau akhirnya berjaya menempuhi segala rintangan dan dugaan dengan kebangkitan sebagai seorang DESIGNATED SURVIVOR dalam persada politik negara dengan sokongan 152 Ketua Bahagian Seluruh negara yang mahukan DSIS KEKAL SEBAGAI PM 10.  


Akhir sekali , untuk menjadi PM anda boleh bercatur dan anda juga boleh bermimpi tetapi takdir juga yangakhirnya akan menentukan segalanya. 


DSIS PM 9 & PM 10 !

Comments

Popular posts from this blog

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA