Ismail Sabri Prihatin Nasib Nelayan
Isu pencerobohan maritim oleh warga Vietnam sudah lama disuarakan nelayan-nelayan tempatan. Sejak beberapa tahun yang lalu, nelayan Vietnam menceroboh zon ekslusif ekonomi di sekitar kawasan perairan Sarawak dan Pantai Timur untuk merompak hasil laut.
Lebih membimbangkan, mereka lazimnya menggunakan pukat tunda
gading yang diharamkan di perairan Malaysia kerana ia boleh mencecah dasar laut
lantas memusnahkan rumah ikan dan terumbu karang.
Isu ini pernah dibangkitkan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri
sewaktu beliau melawat Vietnam beberapa tahun lalu sebagai Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani.
Kini, beliau kembali ke negara itu. Kali ini sebagai Perdana
Menteri Malaysia. Beliau tetap memperjuangkan nasib nelayan tempatan dengan
menggesa kerajaan Vietnam mengambil tindakan tegas ke atas nelayan-nelayan mereka
yang menceroboh perairan tanah air.
Bersempena sambutan Jubli Emas hubungan diplomatik di antara
kedua-dua negara ini, Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk mempertahankan Laut
China Selatan sebagai kawasan perairan yang aman untuk nelayan-nelayan
sepertimana diperuntukkan di bawah UNCLOS 1982.
Demikianlah ketokohan seorang pemimpin bernama Ismail Sabri. Meskipun
kini sudah bersemayam di singgahsana kuasa, beliau masih memperjuangkan nasib
nelayan-nelayan tempatan yang sekian lama dibuli di rumah sendiri. Beliau
sentiasa menjadi telinga yang mendengar dan mulut yang menyampaikan masalah
rakyat.
Terima kasih Dato’ Sri. Terima kasih banyak-banyak.
.jpeg)
Comments
Post a Comment