Masa Anwar Sudah Tamat
Anwar Ibrahim ; satu sosok yang sekian lama membintangi pentas politik nusa. Anwar adalah politikus yang bercita-cita besar. Beliau percaya kerusi empuk Perdana Menteri itu hak turun temurun yang mesti dituntut olehnya.
Dahaga kuasa Anwar ini ibarat Raja Bersiong yang mengecap gulai bayam bercampur darah rakyat. Kedua-dua jurumudi politik ini sanggup mengorbankan sesiapa sahaja demi kekuasaan.
Kini sekali lagi rakyat dihumban Anwar ke lembah binasa. Beliau menganjurkan himpunan haram #TangkapAzamBaki sewaktu negara masih bergelut dengan pandemik yang semakin mewabak. Hari ini sahaja jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 4046 kes. Apakah rasional Anwar yang bersungguh-sungguh mahu berdemonstrasi pada tika dan saat ini? Himpunan ini cumalah satu medan bagi Anwar melampiaskan nafsu beliau yang mahu membuktikan kepada Malaysia kononnya rakyat bersama beliau.
Selain rakyat, sekutu politik Anwar turut dikorbankan demi menjayakan cita-cita politik beliau. Ketaksuban Anwar dengan jawatan Perdana Menteri adalah punca utama Pakatan Harapan digugurkan daripada pundak kuasa. Anwar tergamak membelakangi harkat demokrasi dengan memaksa kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan dek kehendak buas beliau yang mahu kembali berpolitik. Sesudah memenangi kerusi tersebut, beliau berterusan mendesak Tun Mahathir melepaskan jawatan menyebabkan fokus pentadbiran tidak berarah.
Malangnya iltizam politik Anwar tidak terkubur sekali bersama kerajaan Pakatan Harapan. Meski kuasa sudah hilang dari genggaman, nafsu politik beliau masih galak. Anwar sering membelakangi keputusan parti demi memasyurkan agenda sendiri. Beliau sudi bersekongkol dengan seteru politik tanpa merujuk kepimpinan parti asalkan beliau dapat ke Perdana Putra.
Masa Anwar sudah tamat. Anwar kini adalah liabiliti yang terpaksa dikendong Keadilan dan Pakatan Harapan. Sejarah akan mengenang Anwar Ibrahim sebagai jelmaan Raja Bersiong yang sentiasa dahagakan kuasa sehingga tergamak menghirup darah sesiapa sahaja.Selain rakyat, sekutu politik Anwar turut dikorbankan demi menjayakan cita-cita politik beliau. Ketaksuban Anwar dengan jawatan Perdana Menteri adalah punca utama Pakatan Harapan digugurkan daripada pundak kuasa. Anwar tergamak membelakangi harkat demokrasi dengan memaksa kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan dek kehendak buas beliau yang mahu kembali berpolitik. Sesudah memenangi kerusi tersebut, beliau berterusan mendesak Tun Mahathir melepaskan jawatan menyebabkan fokus pentadbiran tidak berarah.
Malangnya iltizam politik Anwar tidak terkubur sekali bersama kerajaan Pakatan Harapan. Meski kuasa sudah hilang dari genggaman, nafsu politik beliau masih galak. Anwar sering membelakangi keputusan parti demi memasyurkan agenda sendiri. Beliau sudi bersekongkol dengan seteru politik tanpa merujuk kepimpinan parti asalkan beliau dapat ke Perdana Putra.
Masa Anwar sudah tamat. Anwar kini adalah liabiliti yang terpaksa dikendong Keadilan dan Pakatan Harapan. Sejarah akan mengenang Anwar Ibrahim sebagai jelmaan Raja Bersiong yang sentiasa dahagakan kuasa sehingga tergamak menghirup darah sesiapa sahaja.
Oleh : Johan Mat
Dashsyat bosss. Anwar ibrahim memang gone case
ReplyDeleteAnwar should be gone.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim ni kena naikkan orang lain pula untuk membawa perjuangan reformasi. Dia sendiri kata reformasi ni idea, bukannya sosok. Seeloknya dia berundur lah. Malaysia ni milik anak muda!
ReplyDelete