Ombak Sokongan Dari Dalam UMNO Kepada DSIS Untuk Kekal Sebagai PM Semakin Kukuh

Portal milik Perikatan Nasional iaitu Agenda Daily bermain dengan permainan fitnah fake news yang mendakwa Ismail Sabri merayu kepada Muhyiddin untuk kekal sebagai PM. 


Naratif politik sebegini akhirnya membakar diri mereka sendiri.  


Muhyiddin sebagai orang lama dalam UMNO sepatutnya tahu budaya dan politik UMNO. 


Secara logik akal , kerajaan PN dan Muhyiddin lebih memerlukan kepimpinan Ismail Sabri buat ketika ini kerana sekirannya parlimen dibubarkan maka PN akan hilang kuasa dengan serta merta. 


Ismail Sabri tidak perlu merayu kepada Muhyiddin untuk kekal sebagai PM. 


Ismail Sabri hanya perlu mendapat sokongan dalam kalangan UMNO untuk menjadi calon PM mereka. Dalam keadaan ini tidak kira apa sahaja yang berlaku dan jika PN tarik sokongan sekalipun kita sudah tahu siapa yang akan akhirnya menang dalam PRU 15.  


Oleh itu , tepuklah dada dan tanyalah selera adakah Ismail Sabri yang perlu merayu kepada Muhyiddin Yassin atau Muhyiddin Yassin yang sepatutnya merayu kepada Ismail Sabri ? 


Dalam UMNO sememangnya akan berpuak – puak tetapi sekirannya mana – mana individu dalam UMNO diserang oleh orang luar maka UMNO secara keseluruhan akan bangkit mempertahankannya.  


Momentum menyokong Ismail Sabri sebenarnya semakin hari semakin kuat dari kalangan ahli UMNO. Sebelum ini sudah 123 bahagian UMNO membuat usul sokongan Ismail Sabri sehingga ke akhir penggal. 


Terbaharu pula resolusi mesyuarat MKT UMNO mengatakan akan mengukuhkan lagi sokongan kepada Ismail Sabri.  


UMNO juga memerlukan Ismail Sabri sebagai calon PM mereka kerana pada ketika ini dari segi pemimpin paling kanan dalam UMNO yang memiliki imej yang bersih adalah Ismail Sabri. Kita juga perlu ingat kekuatan akar umbi Ismail Sabri tidak lemah kerana beliau menang sebagai Naib Presiden dengan sokongan 181 bahagian UMNO.  


Musuh sebenar Zahid-Najib adalah PN dan Muhyiddin Yassin dan bukannya Ismail Sabri. Cubaan PN hendak ugut Ismail Sabri hanya akan memperkukuhkan lagi sokongan pelbagai pihak keluarga UMNO mempertahankan Ismail Sabri. 


Dengan sokongan padu daripada UMNO maka akhirnnya Ismail Sabri juga akan kekal sebagai PM. Sokongan ini pula diramalkan akan terus bertambah rancak.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA