Politik Itu Badminton






Politik itu seperti badminton. Ramai yang melihatnya sekadar satu permainan, tidak kurang juga yang memandangnya sebagai wadah menabur bakti kepada nusa. Kedua-duanya punya pemain, penyokong dan pengadil. Ada serangan, ada balasan. Ada pemenang, ada yang tewas.

 

Andai politikus itu pemain badminton, Ismail Sabri adalah Lee Zii Jia. Sosok yang secara relatifnya masih muda namun dipertanggungjawabkan sebagai individu nombor 1 Malaysia di gelanggang masing-masing. Kedua-duanya turut berkongsi strategi permainan yang sama. Tenang dan bijak membaca gerak lawan.

 

Viktor Axelson selepas tewas di perlawanan akhir Terbuka All England menyifatkan permainan Zii Jia sebagai, ‘boring & slow but he gets the job done’.

 

Ironinya, kritikan yang sama turut dilemparkan kepada Ismail Sabri oleh sebahagian pemerhati politik syok sendiri. Namun, setiap serangan kepada beliau berjaya dibalas balik.

 

Perlahan? Tidak sampai satu bulan selepas bah banjir, 95% pemohon yang layak telah menerima Bantuan Wang Ihsan. Ini pantas.

 

Undi18 yang tertangguh lama di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin disegerakan Ismail Sabri. Malah, golongan ini akan turut mengambil bahagian pada perayaan demokrasi di Johor kelak. Ini juga pantas.

 

Perkara pertama yang digerakkan beliau sebaik menjadi Perdana Menteri adalah memetrai memorandum persefahaman (MOU) dengan kesemua pemimpin parti politk di Malaysia. Ini terpaling pantas.

 

Seperti Zii Jia, Ismail Sabri memilih untuk menjawab kritikan dengan bekerja keras. Kedua-duanya adalah pemain yang bersih dan tidak akan termakan dek taktik kotor lawan. Walaubagaimanapun, seperkara yang cukup mendukacitakan adalah apabila serangan itu hadir dari kem sendiri. Sekiranya BAM tidak menghargai Zii Jia, Ismail Sabri pula mendapat serangan daripada sebahagian pepimpin UMNO.

 

Namun semangat mereka tidak akan patah. Ismail Sabri dan Lee Zii Jia adalah pejuang. Fokus mereka cuma satu, terus berkhidmat demi Malaysia.


Oleh : Johan Mat

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA