MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL



Malaysia sentiasa memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan industri halal di peringkat nasional dan juga di peringkat antarabangsa. Berkat kesungguhan YAB Perdana Menteri yang sentiasa menjadikan isu halal sebagai keutamaan kerajaan, membolehkan imej Malaysia terus dimartabat sebagai pelopor dan penguasa industri halal global.


Di saat YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa jaminan halal adalah penting bagi memastikan kelangsungan industri halal, kita sebagai rakyat boleh menarik nafas lega kerana kepimpinan Ismail Sabri ternyata amat prihatin terhadap isu halal ini. Kini, Malaysia berada di landasan yang tepat bagi menjadi penguasa Industri Halal Global.


Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut berjaya mengekalkan tempat teratas di dalam State of the Global Islamic Economy 2022. Kejayaan ini antaranya adalah hasil daripada keupayaan Malaysia dalam pembangunan infrastruktur halal yang dilihat jauh terkehadapan berbanding 81 buah negara lain.


Begitu banyak platform yang telah disediakan oleh kerajaan bagi memastikan Malaysia menjadi penguasa industri halal di peringkat antarabangsa. Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dan penubuhan Halal Malaysia Industrial Parks misalnya adalah tanda kesungguhan kerajaan bagi memacu pembangunan dan inovasi industri halal.


Jika berbincang soal kepercayaan masyarakat luar, sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan satu logo halal yang sangat dipercayai di peringkat antarabangsa. Loga halal Malaysia telah diiktiraf merentas ratusan buah negara yang berusaha menyediakan produk dan perkhidmatan halal buat masyarakat mereka.


Namun begitu, hakikat yang perlu kita terima adalah sehingga kini tiada penyeragaman dalam kalangan negara umat Islam berkenaan penggunaan logo halal yang standard. Disinilah peluang bagi Malaysia menjuarai isu penyeragaman penggunaan logo halal. Bagi memastikan perkembangsan industri halal yang lebih bersepadu dan bersistematik, semua negara dunia seharusnya menjadikan piawaian halal dan prosedur pensijilan Malaysia sebagai rujukan. 


Manual Procedure of Halal Certification Malaysia yang merangkumi permohonan pensijilan, pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan halal wajar dijadikan panduan berguna buat seluruh negara dunia dalam pengurusan industri halal. Hal ini kerana prosedur pensijilan halal di Malaysia telah terbukti berjaya memenuhi keperluan pengguna yang mahukan produk yang memberi kesan kesihatan, selamat dan berkualiti. Selain sebagai satu nilai komersial perdagangan bagi meraih pasaran dalam dan luar negara kerana permintaan ke atas produk-produk halal yang meningkat seiring dengan peningkatan pengguna Islam di serata dunia.


Petunjuk Ekonomi Islam Global telah meramalkan bahawa pasaran halal akan berkembang daripada RM8.8 trilion (USD2.09 trilion) seperti yang dilaporkan tahun lepas kepada hampir RM14 trilion (USD3.27 trilion) menjelang 2028. Lihat betapa besarnya peluang yang ditawarkan industri halal global dan betapa beruntungnya kita dibawah kepimpinan kerajaan yang menjadikan industri ini sebagai kepentingan nasional.


Inilah masanya untuk industri makanan hipster yang tumbuh bak cendawan untuk turut bersama meraih peluang keemasan di dalam industri halal ini. Moga semakin banyak produk industri makanan hipster terbang tinggi menerjah pasaran antarabangsa. Sinergi di antara produk tempatan bersama pengurusan industri halal ini seharusnya digiatkan bagi memastikan diangkat sebagai penguasa industri halal global.


Bagaimana Malaysia komited di dalam jihad memerangi orang tengah, begitulah sewajarnya kita komited dalam jihad memperkasa produk halal. Produk tempatan yang memperoleh pensijilan halal perlu dibawa keluar merentas pasaran antarabangsa. Semakin luas pasaran yang dapat ditembus, pastinya semakin tinggi peluang pendapatan dan semakin besar peluang pekerjaan dapat diwujudkan.


Pembangunan Malaysia dalam industri halal global ini tidak datang secara sendirinya tanpa kepimpinan rasional seorang Perdana Menteri. YAB Dato ’Sri Ismail Sabri sememangnya seorang pejuang bangsa dan agama. Tanpa jemu pertahankan kepentingan rakyat dan dalam masa yang sama mengangkat letak duduk negara ke tangga yang paling tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA