DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata warga FELDA sentiasa istimewa dan akan terus 'dijaga' kerajaan, termasuk generasi kedua tanah rancangan berkenaan.
Ismail Sabri berkata, pelbagai insentif yang diberikan kerajaan kepada warga FELDA sejak awal penubuhan tanah rancangan itu lagi, mencerminkan betapa istimewanya warga FELDA kepada kerajaan.
"Walaupun beberapa ketika FELDA mungkin hadapi pelbagai masalah dalaman, warga peneroka tak dilupakan begitu sahaja,"
Pada 14 Julai 2022 yang lalu, sebanyak RM65 juta juga sudah diperuntukan untuk melaksanakan lima inisiatif dalam usaha membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan generasi baharu tanah rancangan dalam pelbagai aspek.
Tambahan pula , menerusi Bajet 2023, bantuan pinjaman perumahan kepada golongan muda, termasuk generasi kedua FELDA menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan juga sudah disediakan.
Pelaksanaan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) juga diperkenalkan dengan ditambah baik pengenalan inisiatif lot generasi Felda, dengan 8,670 unit lot telah dikenal pasti dan 770 unit telah pun dilaksanakan secara undian lot.
Natijahnya , kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Ismail Sabri perlu diteruskan supaya sejarah lama kesusahan masyarakat FELDA semasa Pakatan Harapan memerintah tidak akan sekali lagi berulang.

Comments
Post a Comment