Hadiah Anak Penoreh Buat Anak Peneroka

 


Ismail Sabri dibesarkan keluarga penoreh getah di Kampung Bukit Tingkat, Temerloh. Sedari kecil, beliau sudah terdidik untuk menyantuni anak-anak peneroka memandangkan latar belakang kehidupan mereka yang hampir sama. Malah beliau turut membesar bersama anak-anak FELDA yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Bangau.

 

Ismail Sabri sentiasa menjuarai isu melibatkan warga FELDA. Semasa berucap di Majlis Makan Malam bersama Generasi Baru FELDA semalam, beliau hadir membawa tawaran yang menarik buat peneroka khususnya generasi kedua dan ketiga FELDA.

 

Salah satu isu mustahak melibatkan generasi baru FELDA adalah penghijrahan ke luar tanah rancangan secara besar-besaran. Ketika ini, hanya 440 ribu daripada 2.1 juta belia yang masih menetap di FELDA.

 

Hal ini berlaku disebabkan kesukaran warga muda peneroka untuk membiayai rumah kerana ketiadaan slip gaji. Untuk itu, Ismail Sabri telah memperkenal program ‘Satu Keluarga, Satu Rumah’ yang mempermudah pinjaman perumahan kepada peneroka FELDA.

 

Selain itu, peruntukan sebanyak RM 600 ribu turut diberikan kepada 3 pertubuhan yang memperjuang nasib anak peneroka iaitu Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) dan Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA).

 

Ramai politikus usang yang berteriak kononnya mereka menghormati suara anak muda tanpa melakukan apa-apa. Ini bukan Ismail Sabri. Selepas mempercepat kelulusan Undi 18 yang tertangguh lama, beliau mengumumkan pula pelantikan wakil belia FELDA sebagai Ahli Lembaga Pengarah FELDA. Suara anak muda kini semakin kedengaran jelas.

 

FELDA adalah legasi Tun Abdul Razak yang diwasiatkan kepada pemimpin-pemimpin nusa untuk dibela dan dipelihara. Semoga roh Bapa Pembangunan kita aman di sana mengetahui legasi beliau diteruskan anak jati Pahang bernama Ismail Sabri.


Oleh : Johan Mat

 

 


Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA