Ismail Sabri Pejuang Melayu Sejati
Beliau merupakan lambang Melayu yang sebenar. Sejarah perjalanan hidupnya dekat dengan hati orang Melayu disebabkan beliau datangnya daripada keluarga penoreh getah. Jika anak penoreh mampu di angkat menjadi pemimpin No 1 negara maka tiada sekatan kepada sesiapa sahaja untuk berbakti kepada negara.
Hal ini disebabkan , majoriti rakyat Melayu di negara kita datangnya daripada asal usul yang susah dan bukannya lahirnya daripada keluarga bangsawan. Mereka memerlukan seorang pempimpin Melayu yang pernah melalui keperitan yang sama dialami oleh mereka. Hanya orang yang bermula daripada bawah akan memahami perasaan dan kesusahan orang bawahan.
Oleh sebab itu, Ismail Sabri sering berjuang untuk kepentingan ekonomi orang Melayu.
Ismail Sabri mengisytiharkan 2014 sebagai tahun 'Jihad Memerangi Orang Tengah’ iaitu setahun selepas beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Jihad Memerangi Orang Tengah dilaksanakan oleh beliau terhadap penguasaan orang tengah yang selama ini mengaut keuntungan daripada hasil titik peluh nelayan, petani dan penternak.
Inisiatif MARA Digital diilhamkan Ismail Sabri sewaktu menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). MARA Digital digerakkan oleh Ismail Sabri secara besar-besaran sebagai usaha memastikan usahawan Bumiputera tidak ketinggalan dalam perniagaan bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) yang mempunyai pasaran meluas di seluruh negara.
Pada tahun 2015 , Ismail Sabri sekali lagi mencadangkan untuk menubuhkan "Low Yat 2", sebuah gedung digital yang akan menempatkan peniaga Melayu. Akhirnya, tertubuhlah MARA Digital Mall. Inilah antara usaha Ismail Sabri.
Selepas menjadi Perdana Menteri dan berkuasa maka agenda Bumiputera terus menjadi landasan utama kepimpinan Ismail Sabri. Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diberi keutamaan melalui TBP 2030.
Oleh sebab itu, media negara Jepun juga melaporkan wawasan Ismail Sabri untuk meningkatkan ekuiti bumiputera di negara kita.
Nikkei Asia : Ismail Sabri's Malay action plan is a big deal
https://asia.nikkei.com/Opinion/Ismail-Sabri-s-Malay-action-plan-is-a-big-deal
Beliau juga memahami situasi majoriti masyarakat Melayu di negara Malaysia yang kini masih lagi miskin. Oleh sebab itu, beliau komited basmi miskin tegar. Pelan dan polisi kemiskinan rakyat sering menjadi agenda utama Ismail Sabri dari masa ke masa .
Natijahnya , Ismail Sabri merupakan seorang pejuang Melayu yang tulen , asli dan sejati.
Comments
Post a Comment