Ismail Sabri Peka Miskin Bandar


 

Kuala Lumpur cukup dekat dengan hati Ismail Sabri. Di sinilah tempat beliau melanjutkan pengajian tinggi. Di sini jugalah tempat beliau mencari rezeki sewaktu muda sehingga kini.

 

Bersempena sambutan ulangtahun ke-50 bandaraya Kuala Lumpur, Ismail Sabri datang dengan hadiah buat warga kota kosmopolitan ini. Beliau mengumumkan Pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur (PKKMKL). Inisiatif ini hadir untuk mensejahterakan kehidupan warga kota khususnya golongan miskin bandar.

 

1.       Menaik taraf gerai penjaja di sekitar Kuala Lumpur

 

Warga kota sejati tahu hidangan paling sedap di KL ada di jalanan. Menerusi PKKMKL, kerajaan akan menaik taraf kelompok-kelompok gerai jalanan yang berlesen dan pusat penjaja yang telah usang.

 

2.       Membina rumah kos rendah

 

Memandangkan kos sewa rumah yang tinggi di KL, kerajaan akan membina 5000 council home dengan keluasan minimum 750 kaki persegi untuk disewakan dengan harga yang rendah buat warga kota.

 

3.       Menambahbaik kemudahan di kawasan perumahan kos rendah sedia ada

 

Kerajaan telah mengenalpasti 31 lokasi projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) yang memerlukan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan lif, kamera litar tertutup, surau, taman permainan dan lain-lain.

 

4.       Kelulusan lesen premis perniagaan dalam tempoh 24 jam

 

Berikutan minat warga kota untuk menceburi bidang perniagaan, peniaga yang mahu mendapatkan lesen premis  boleh berbuat demikian dan status kelulusan akan diketahui dalam tempoh hanya 24 jam.

 

5.       Kelulusan permit pembinaan dalam tempoh 3 hari

 

Bagi pembinaan berskala kecil, kerajaan telah memaksimumkan tempoh kelulusan permit kepada 3 hari bekerja sahaja.

 

6.       Rebat 10% fi permohonan

 

Bagi menggalakkan pembayaran atas talian, semua caj permohonan yang dibuat melalui internet akan mendapat rebat 10% sepanjang tahun 2022.

 

PKKMKL adalah satu inisiatif yang amat disambut baik warga kota. Semoga Ismail Sabri dan Kuala Lumpur akan terus maju dan membangun sebagai ikon negara Malaysia.


Oleh : Johan Mat


Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA