Kepimpinan Ismail Sabri Membantu Rumpun Melayu-Islam Di Asia Tenggara
Ismail Sabri berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia lain sebelum ini.
Jika Tun Adul Razak terkenal dengan lawatannya ke negara China , Mahathir pula berlandaskan kepada Dasar Pandang Ke Timur ( Jepun ) dan Najib pula lebih kepada Amerika Syarikat .
Ismail Sabri pula lebih fokus kepada ASEAN ( South East Asia ).
ASEAN pula sebenarnya akan menjadi '4th Largest Economy In The World" pada tahun 2030 dengan populasi sebanyak 750 juta penduduk dan US$4 Trillion GDP secara total.
Selain daripada faktor ekonomi , beliau kini juga merupakan Ikon Melayu-Islam di Alam Melayu.
Istilah Melayu diertikan sebagai Bangsa Austranesia yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh Kepulauan Melayu. Ia merujuk kepada orang Melayu di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina hingga ke Madagaskar.
Lebih umum boleh dikatakan merujuk kepada bangsa yang bertutur dengan Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan tinggal di Semenanjung dan Kepulauan Melayu.
Dalam lawatan ke Kemboja pula , Ismail Sabri berhasrat untuk memberi bantuan kepada komuniti Melayu Islam Champa di Kemboja dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan.
Oleh sebab itu , kesemua negara yang memiliki Rumpun Melayu-Islam menjadi agenda lawatan Ismail Sabri bermula dengan negara Indonesia pada suatu ketika dahulu , Brunei dan terkini pula Kemboja. Selepas ini mesti akan sampai kaki ke negara Thailand dan negara kepulaun Melayu yang lain.
Di dalam negara pula beliau kini juga merupakan satu - satunya Perdana Menteri yang memberi perhatian terhadap penggunaan Bahasa Melayu.
Pada 20 November 2020 , beliau pernah tegur agensi kerajaan, GLC, swasta kerana kurang guna Bahasa Melayu.
“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan Bahasa Melayu.
“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan Bahasa melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat bahasa melayu melainkan kita sendiri?" tegas Perdana Menteri.
Ismail Sabri berkata Keluarga Malaysia perlu berbangga bahasa kebangsaan itu yang berada di tangga ke-10 daripada 20 bahasa yang popular seluruh dunia.
Oleh itu , UMNO sepatutnya berbangga dengan pemimpin mereka yang mahu memposisikan diri sebagai lambang Melayu-Islam bukan sahaja dalam negara tetapi juga di persada dunia
Comments
Post a Comment