Kisah Klise Ismail Sabri

 



Sebilangan besar daripada kita adalah anak kampung yang dibesarkan keluarga serba sederhana, menuntut di sekolah dan universiti tempatan, sebelum berkelana ke ibu kota untuk mencari rezeki demi mengubah nasib keluarga.

 

Ini kisah saya. Ini kisah anda. Ini juga kisah Ismail Sabri.

 

Tidak salah sekiranya seorang politikus itu dilahirkan di atas dulang emas. Namun pemimpin yang dilahirkan di dalam keluarga orang kebanyakkan punya jati diri dan iltizam yang berbeza. Mereka memahami hidup rakyat biasa kerana mereka juga rakyat biasa.

 

Setiap langkah yang diambil Ismail Sabri si politikus adalah cerminan kepada Ismail Sabri si marhaen.

 

Beliau menghabiskan masa kanak-kanak dengan membantu ibunya menjual buah-buahan di Pasar Temerloh. Sedari awal, beliau memahami nasib peniaga yang dibuli pemborong dan penyewa tapak. Setahun selepas dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau melancarkan ‘Jihad Memerangi Orang Tengah’.

 

Bapa beliau adalah penoreh getah. Rakan-rakannya di SK Bangau adalah anak peneroka FELDA. Beliau menyedari kesukaran untuk membuat pinjaman perumahan tanpa slip gaji. Justeru, beliau telah mengarahkan Gabenor Bank Negara untuk mempermudah pinjaman perumahan kepada generasi kedua FELDA semasa Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara. Semalam beliau melancarkan pula Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia bernilai RM 40 billion khusus untuk usahawan PMKS dan sektor informal.

 

Perkara paling penting bagi insan bernama Ismail Sabri ialah keluarga. Sekiranya ada kelapangan, beliau memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, membantu Datin Muhaini melayani karenah Jeanelle dan Oyen, cucu dan kucingnya. Beliau turut menyokong penuh kerjaya anak-anaknya di dalam pelbagai bidang termasuklah hiburan, fesyen, perniagaan dan lain-lain. Semangat kekeluargaan ini yang cuba diterjemah beliau menerusi Keluarga Malaysia. Gagasan ini menghendakkan rakyat Malaysia saling membantu tanpa mengira ras dan warna dalam mendepani cabaran pandemik yang mewabak.

 

Daripada politikus muda ke jawatan perdana, setiap langkah yang diambil Ismail Sabri boleh dijejak kembali kepada asal usul beliau. Kisah ini mungkin kisah biasa, namun wataknya itu luar biasa.


Oleh : Johan Mat


Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA