YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Jalin Kerjasama ASEAN Demi Melonjak Ekonomi Malaysia



Cadangan pembukaan semula sempadan, pengiktirafan sijil vaksinasi dan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin, adalah antara agenda yang dijadualkan dibincangkan semasa lawatan rasmi Ismail Sabri.


Selain itu Ismail Sabri dan rakan sejawatnya Prayuth akan juga membincangkan projek-projek insfrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand serta hubungan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.


1. Kerjasama Malaysia-Thailand Mencapai Sasaran Perdagangan Dua Hala Sebanyak USD30 Bilion Menjelang 2025


Pelbagai bidang dan sektor akan diterokasi bersama - sama antara kedua - dua buah negara. 


Sektor ekonomi digital, ekonomi hijau dan ekonomi circular oleh pelabur dari Thailand dan Model Ekonomi Bio-Circular-Green (BCG) dan dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin, elektrik dan kenderaan pintar, automasi dan robotik.


2. VTL udara permulaan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand 


Pembukaan pintu sempadan antara Malaysia dan Thailand dijangka  bermula menerusi aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara antara kedua-dua negara. 


 Skim VTL juga dikembangkan untuk pembukaan sempadan darat melalui Bukit Kayu Hitam dan Sadao  termasuk semua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di utara semenanjung dan Selatan Thailand di samping VTL laut  antara Langkawi-Satun.


Dasar ini akan memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan antara kedua-dua pihak terutamanya untuk sektor pelancongan.


3. MOU Syarikat Malaysia Menjadi Rakan Kongsi Di Bangkok


Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat farmaseutikal Malaysia dan rakan kongsi mereka dari Thailand, bagi meningkatkan pengeluaran dan inovasi industri berkenaan.


MoU membabitkan antara anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) bersama BioNet, selain Pharmaniaga Research Centre Sdn Bhd (PRC) bersama Bio-Innova.


Turut dimeterai perjanjian pengeluaran berlesen antara COVID Medicare Support Ins (CMSI) dan Acquest Laboratory.


4.0 Semangat Kejiranan Dan ASEAN Diperkukuhkan 


Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan dua hala yang rapat dengan ikatan diplomatik terjalin lebih 65 tahun.


Jiran sangat penting dan kita jangan jadi seperti Russia-Ukkraine walau berjiran tetap bermusuhan. Kita perlu belajar untuk hargai nikmat keamanan. Negara Eropah masih belum lega dari Covid-19 dan pemulihan eknomi ditimpa perang kali ini.


Oleh itu , syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri negara Malaysia iaitu Ismail Sabri dalam memperkukuhkan lagi semangat kejiranan dalam hubungan diplomasi kita.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA