Garapan Ismail Sabri Merangsang Ekonomi Malaysia

 





Malaysia terkesan teruk dengan pandemik Covid-19 yang mewabak. KDNK menurun, FDI menurun, yang meningkat adalah kadar pengangguran.

 

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan peruntukkan RM 40 billion untuk Semarak Niaga Keluarga Malaysia. Dua hari lalu, beliau memperuntukkan RM 4.8 billion untuk JaminKerja Keluarga Malaysia.

 

RM 44.8 billion dalam masa 2 hari. Ismail Sabri sudah bekerja untuk memastikan Malaysia kembali bekerja.

 

1)     Apakah fokus utama Ekonomail?

 

Peluang pekerjaan.

 

Sektor ekonomi pra dan pasca Covid-19 adalah berbeza. Hanya 2 Perdana Menteri Malaysia yang berpeluang menjalankan pelan pemulihan ekonomi dengan menjadikan pandemik sebagai pembolehubah. Sebelum ini, Muhyiddin Yassin mengerah RM 40 billion daripada KWSP untuk merangsang kembali ekonomi. Setahun kemudian, rakyat kembali meminta pengeluaran selanjutnya. Masih ramai yang menganggur. Strategi ini gagal.

 

Pelan ekonomi RM 40 billion yang diumumkan Ismail Sabri pula memfokuskan kepada penciptaan peluang pekerjaan. Dana ini akan disuntik terus kepada pemain industri melalui skim pembiayaan, pinjaman tanpa faedah, geran padanan, pestrukturan hutang dan lain-lain. Hipotesis mudahnya, industri yang bertambah baik akan mengambil lebih ramai pekerja.

 

2)     Siapakah pihak yang terlibat dalam Ekonomail?

 

PKMS dan sektor informal.

 

Hal ini yang benar-benar membezakan Ekonomail dengan agenda ekonomi yang lain. Misalnya, fokus utama pelan ekonomi Najib Razak adalah projek-projek mega seperti 1MDB, TRX, ECRL, HCR dan bermacam-macam huruf lagi. Projek ini mula menjadi bebanan kerajaan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) tidak mempunyai kapital yang besar lantas menyebabkan mereka terkesan teruk dengan pandemik Covid-19. Namun sektor ini juga kurang mendapat fokus memandangkan pelan ekonomi lazimnya lebih mengutamakan konglomerat besar. Semarak Niaga Keluarga Malaysia menggunakan pendekatan yang berbeza dengan menumpukan kepada PKMS dan sektor informal.

 

3)     Mengapa PKMS adalah kunci kejayaan Ekonomail?

 

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) menyumbang lebih kurang 40% daripada KDNK negera. Ini satu jumlah yang besar. Namun tidak seperti syarikat-syarikat korporat lain, sektor ini mudah dirangsang dengan suntikan dana yang secara relatifnya kecil.

 

Sebagai contoh, pinjaman RM 10 ribu pada kadar faedah 0% melalui Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) boleh menghidupkan kembali perusahaan mikro seperti pembuatan kerepek, penghasilan kraf dan perusahaan makanan sejuk beku. Hal ini akan merangsang ekonomi setempat.

 

Sektor agromakanan menyumbang RM 51.3 billion kepada KDNK negara. Penternak dan peladang kecil terjejas teruk berikutan pandemik dan bah banjir yang melanda negara baru-baru ini. Pinjaman sehingga RM 75 ribu pada kadar 0% serta moratorium selama 6 bulan oleh Agrobank mampu menggerakkan kembali industri ini.

 

Jumlah ini terlalu kecil bagi sektor korporat, namun jumlah ini mencukupi untuk merangsang kembali sektor PKMS dan informal yang merupakan penyumbang besar kepada KDNK negara.

 

Kesimpulan

 

Pelan-pelan ini masih pegun di atas kertas. Namun, agenda ini sangat menerujakan sekiranya berjaya diterjemah dengan baik di bumi Malaysia. Ekonomail adalah unik dan berbeza, serta direka khusus untuk ekonomi pasca pandemik. Demi Malaysia, semoga pelan ini berjalan lancar dan nikmatnya dikecapi seluruh warganya.

 

 

 

 

 

 


Comments

Popular posts from this blog

Ismail Sabri Prihatin Nasib Nelayan

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

DSIS DISAMBUT SEBAGAI WIRA PEJUANG BAHASA SEJATI