Membedah Jokowi & Indonesia Maju

 

1. Pertamanya, izinkan saya merakamkan rasa kagum dan hormat kepada sosok yang berjama Jokowi. Sepanjang mengikuti perkembangan saudara senusantara kita, Jokowi barangkali adalah Presiden Indonesi yang paling karismatik, berwawasan dan berinspirasi.


2. Ada suatu pidato Jokowi yang begitu menarik minat saya dan menjentik banyak hati rakyat Malaysia. Jokowi dalam seloroh politiknya mendakwa dengan segala rancangan terbaru Indonesia, termasuklah penubuhan ibu negara baru Bernama Nusantara, Indonesia kini lebih maju daripada Malaysia.


3. Saya secara peribadi tidak bermasalah dengan seloroh Jokowi tersebut. Sebabnya, saya memahami bahawa percakapan tersebut hanyalah cakap-cakap politik. Ini bukan kali pertama Malaysia menjadi bahan api para politikus Indonesia untuk membakar imaginasi rakyat mereka. Demi menanam rasa tercabar, perbandingan mestilah sentiasa dilakukan dengan ukuran yang lebih baik. Dalam konteks Indonesia, Malaysia adalah ukuran kecermelangan itu dan cabaran paling hampir yang mesti dikejar.


4. Cuma, saya sedikit sugul apabila dakwaan Jokowi itu menjadi mantra pula kepada segolongan rakyat Malaysia yang memang sejak azali lagi mengganggap Malaysia ini sebagai negara yang gagal dan tidak berdaya saing. Maka mantra Indonesia lebih maju daripada Malaysia itu terbawa-bawa sebagai senjata politik untuk meremehkan kerajaan Malaysia sehingga menjadi slogan para demonstran di #TangkapAzamBaki.


5. Bagi saya menjadikan perkembangan Indonesia sebagai suatu cemuhan kepada Malaysia adalah sesuatu yang menghina Malaysia dan Indonesia secara serentak. Seolah-olah status quo Indonesia itu harus sentiasa kekal di belakang Malaysia. Sebaiknya kejayaan rakan tetangga sepatutnya diraikan kerana ini akan merancakkan lagi ekonomi serantau.


6. Sungguhpun begitu mari kita membedah mitos Indonesia memintas Malaysia ini. Teori paling popular adalah Indonesia lebih menarik sebagai destinasi perlaburan antarabangsa, sedangkan Malaysia semakin ramai yang meninggalkan. Contoh yang sering dilaungkan adalah perpindahan Hyundai daripada Malaysia kepada Indonesia. Hakikatnya yang mesti diingati ialah bahawa Malaysia tidak pernah pun menjadi hab pengeluaran utama Hyundai di Asia Tenggara. Jadi perubahan Hyundai ke sana adalah “purely economic decision”.


7. Satu lagi perkara yang kita mesti ingat kembali adalah pengenalan Omnibus Law di Indonesia. Omnibus Law ini secara ringkasnya adalah sebuah undang-undang yang diperkenalkan oleh Indonesia untuk mencipta lebih banyak lagi peluang pekerjaan. Kendengaran bagus bukan? Hakikatnya Omnibus Law ini ditentang dengan penuh kebencian oleh rakyat Indonesia sehingga ke hari ini. Undang-undang baru tersebut secara dasarnya mengurangkan kelebihan-kelebihan dan perlindungan-perlindungan pekerja tempatan dan “pro-majikan”. Omnibus Law ini menjadi penarik buat pelabur antarabangsa yang mencari tenaga kerja murah dan tidak terlalu perlu berfokus kepada kebajikkan pekerja.


8. Ini ternyata berbeza dengan Malaysia dan saya percaya Malaysia di kedudukan yang lebih baik. Malaysia adalah negara yang terkenal dengan undang-undang buruh yang “pro-pekerja”. Kebajikkan pekerja tempatan mesti dilindungi dan dipenuhi oleh mana-mana syarikat pelabur antarabangsa sekalipun. Malah kerajaan Malaysia di bawah Ismail Sabri juga telah berjanji untuk menyediakan gaji bermaruah minum RM1500 menjelang akhir 2022. Ini mungkin menjadi faktor penolak kepada pelabur hanya ingin mengeksploitasi tenaga kerja. Biarpun demikian, Malaysia masih mampu meraih pelaburan dengan mencatatkan peningkatan FDI melebihi 51% pada akhir tahun 2021 termasuk AT&S daripada Austria dan Taiyo Yuden daripada Jepun.


9. Kedua, peningkatan Malaysia yang berada di ukuran yang lebih cemerlang memang akan dirasakan sebagai langkah kecil jika dibandingkan dengan Indonesia yang sedang perlu mengambil langkah-langkah besar tersebut. Kita telah sekian lama mengambil langkah besar itu semua.


10. Apapun, saya tetap percaya, jika perlu dibandingkan, Malaysia lebih baik jika hendak dibandingkan dengan Indonesia. Bukan hendak memburukkan negara rakan, tetapi perbandingan ini hanyalah untuk membuka mata rakyat Malaysia bahawa kita tidaklah teruk seperti yang didakyahkan oleh politikus.


11. Dari segi indeks rasuah, Jokowi sendiri mengakui Indonesia masih dibelakang jika hendak dibandingkan dengan Malaysia. Peluang mencipta kehidupan untuk kebanyakkan rakyat Indonesia juga masih lagi dicari di Malaysia melalui lambakan kemasukkan pekerja mereka. Malahan kita juga di saat seluruh dunia sedang bercelaru menentang COVID, Malaysia diiktiraf sebagai antara 3 negara terbaik dalam pengendalian kita sehingga menyelamatkan nyawa dan ekonomi Malaysia dalam keupayaan yang ada.


12. Namun begitu, Malaysia tidak boleh terus selesa. Kita juga tidak perlu terlalu gusar dengan perkembangan tetangga. Macam yang saya cakap di atas tadi, kita raikkan sahaja.


13. Dalam pandangan saya, kelemahan utama Malaysia sekarang adalah ketidakstabilan politik yang banyak membuatkan para pelabur berfikir 2 kali. Ketidakstabilan inilah yang bermula semenjak PRU14 yang sedang cuba dibaiki oleh Ismail Sabri. Demi Malaysia yang ingin kestabilan, buat masa kini, kita semua perlu memberikan seluruh sokongan dan kesetiaan kepada Ismail Sabri.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA