Menangkis Persepsi Rasuah Antarabangsa


Tahukah anda bahawa baru baru ini Transparency International telah menyatakan bahawa Malaysia telah jatuh enam anak tangga kepada kedudukan ke-62 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021. Ini berikutan Malaysia hanya mampu mencatat skor 48 sahaja berbanding 51 peratus pada tahun sebelumnya. Dan berita ini sudah tentu tidak diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia.


Ya betul, secara mudahnya, dengan melihat kepada ranking dan kedudukan semata mata, kejatuhan dari kedudukan dan skor ini memberi tanggapan negatif seperti Malaysia tidak serius untuk melawan rasuah, Malaysia tidak memberi komitmen sepenuhnya untuk menangani rasuah atau kerajaan gagal untuk membendung rasuah.


Maka satu persoalan timbul, adakah ini REALITI atau sekadar PERSEPSI?


Untuk merungkai adakah CPI 2021 itu REALITI atau terhenti di PERSEPSI. Lebih baik untuk kita tahu dahulu bagaimana indeks itu dikeluarkan. Kita perlu sedar bahawa CPI atau laporan itu dikeluarkan berdasarkan persepsi ekspartiat LUAR NEGARA sahaja. Malah lebih teruk, pandangan RAKYAT TEMPATAN tidak diambil kira dalam laporan. Senang kata, laporan ini sekadar analisis apa orang luar rasa pasal rasuah dalam negara kita. Maksudnya, adalah logiknya untuk dikatakan CPI 2021 itu memang hanya sekadar PERSEPSI sahaja.


Dan kenapa perkara ini tidak melambangkan REALITI? Ini kerana kedudukam dan skor itu tidak melambangkan tindakan dan usaha SPRM serta kerajaan untuk membendung isu rasuah, penguatkuasaan dan grand corruptions. Sebab itu lah kita nampak teruk di mata dunia, sebab kita sedang melakukan operasi besar besaran untuk mengatasi masalah rasuah di negara kita sehingga kita nampak teruk di kaca mata ORANG LUAR.


Apa contoh keadaan yang membuatkan kita nampak teruk di mata ORANG LUAR?


1. Isu 1MDB yang mempunyai hubungkait rapat dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang melibatkan skandal multi-billion dollar.

2. Isu darurat politik yang seakan akan menyekat usaha demokrasi.

3. Isu penangkapan rasuah yang tinggi iaitu 847 tangkapan pada tahun 2021.


Dan adakah ia tanda kita sedang TERUK?? Jawapanya adalah TIDAK!


1. Ini menunjukkan kita berani untuk melakukan operasi grand operation walaupun melibatkan individu yang merupakan bekas Perdana Menteri.

2. Ini untuk mengelakkan kemelut politik yang boleh ganggu gugat usaha untuk menangani Covid19. Hasilnya, menurut Bloomberg pada September 2021, kita dijangka pulih paling pantas berbanding negara serantau.

3. Ini menunjukkan Malaysia sangat komited dalam tangani rasuah di mana dalam 847 tangkapan itu, lebih kurang 47.6% adalah daripada penjawat awam. 


Adakah rakyat Malaysia perlu gusar dengan CPI yang dikeluarkan akan menganggu gugat aktiviti pelaburan dan ekonomi Malaysia? 


TIDAK. Kenapa? 

Kita ambil Indonesia sebagai contoh, walaupu di tangga kedudukan 96, 26 anak tangga lagi bawah dari Malaysia, mereka masih lagi berjaya menarik pelbagai pelaburan ke negara mereka, seperti syarikat Meta. Malaysia juga tidak ketinggalan jauh, menurut Moody’s Analytics dan Fitch Rating, masing masing mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus dan 6.3 peratus. 


Adakah kita dijangka untuk terus merundum dalam Indeks Persepsi Rasuah ini?


TIDAK. Kenapa?

Ini kerana menurut Dr Muhammad Mohan, Presiden Transparency International Malaysia, negara sedang menunjukkan perkembangan positif sepanjang tahun dengan pendekatan bipartisan oleh Perdana Menteri melalui MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.


Akhir kata, kita tidak perlu terkesan dengan laporan CPI 2021. Kita sudah berada di landasan yang betul. Dari kita terus memaki hamun, kan lebih afdhal untuk kita bantu kerajan dan SPRM untuk jadi lebih. JALAN TERUS!!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA