Mengenang Sudirman : 5 Cadangan Lagu Untuk Ismail Sabri
Semalam genap 30 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Arshad.
Satu sosok yang merentas identiti sebagai seorang penghibur. Beliau adalah
negarawan. Baktinya kepada nusa masih terasa sehingga ke hari ini.
Kalau hendak dibandingkan Sudirman dengan Ismail Sabri,
mereka sebenarnya berkongsi banyak persamaan. Kedua-duanya anak jati Pahang
yang membesar di Temerloh, bersekolah di Kuantan sebelum menuntut jurusan
perundangan di Universiti Malaya. Mereka menabur jasa kepada Malaysia dengan
cara yang tersendiri.
Bagi mengenang bakti Allahyarham, berikut merupakan 5 lagu
dendangan beliau yang saya cadangkan untuk Perdana Menteri kita, barangkali
untuk diputarkan sewaktu pulang ke rumah selepas seharian bekerja.
1) Pelangi Petang
Tiada lagu yang lebih syok
berbanding Pelangi Petang sebagai halwa telinga semasa berada di
dalam kereta dalam perjalanan pulang dari pejabat.
Ku percaya nanti suatu masa,
Sang Suria kan menyinar jua,
Membawa harapan yang menggunung,
Bersamanya
Lagu yang mengajar kita betapa dalam setiap kegelapan pasti
ada sinar di hujung jalan yang membawa pengharapan.
2) Warisan
Ku ingin kotakan seribu janji,
Sepanjang kedewasaan ini,
Ku ingin sampaikan pesanan,
Aku lah penyambung warisan
Benar, Sudirman ialah penyambung warisan. Warisan turun
temurun nenek moyang kita yang diteruskan P. Ramlee, Ismail Haron dan Herman
Tino. Ismail Sabri juga penyambung legasi kepimipinan Rahman, Razak dan
Hussein.
3) Balik Kampung
Lagu wajib setiap kali warga kota pulang ke desa. Sebagai
ahli Parlimen Bera selama 18 tahun, Ismail Sabri masih kerap turun kawasan bagi
menyantuni penduduk di sana. Kehijauan permandangan sepanjang perjalanan ke
Bera sudah tentu mengubat stress bekerja di hutan besi Kuala Lumpur.
Nun menghijau gunung ladang dan
rimba,
Langit nan tinggi bertambah birunya,
Deru angin turut sama berlagu,
Semuanya bagaikan turut gembira
4) One Thousand Million Smiles
Lagu yang menobatkan Sudirman sebagai penyanyi nombor 1 Asia.
Lirik lagu ini menyentuh soal kebersamaan merentas darjat dan pangkat. Inilah
semangat Keluarga Malaysia.
One thousand million ways,
To love each other every day,
For the poet and the old man,
For the mother and the child
5) 31 Ogos
Sebelum ini, video Ismail Sabri dan cucunya, Jeanelle Nika
menyanyikan lagu ini telah tular. Lagu ini tidak sewajarnya ekslusif untuk didendangkan
semasa bulan kemerdekaan. Setiap hari kita memijak bumi bertuah Malaysia adalah
hari kita mensyukuri kemerdekan.
Mari kita seluruh warga negara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
Merdeka!
Malaysia sudah membesar selama 30 tahun tanpa Allahyarham Sudriman. Kelibatnya mungkin sudah pergi, namun suaranya masih didengari. 5 cadangan lagu Sudirman untuk Ismail Sabri ini adalah satu bentuk penghormatan kepada seorang negarawan yang telah pergi dan seorang lagi yang masih berbakti. Alfatihah.
Comments
Post a Comment