Menjawab Wan Saiful

 


 

Bila bahang PRN Johor makin terasa sudah tentu setiap parti politik yang bertanding akan keluarkan modal politik untuk menarik undi rakyat.

 

Sekali lagi Najib Razak dan Zahid Hamidi akan jadi punching bag PPBM untuk mengingatkan semula rakyat semua skandal rasuah kedua pemimpin ini. Tak kurang juga ingatan demi ingatan PPBM kepada Ismail Sabri bahawa kononnya tanpa PPBM tak mungkin Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri.

 

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk membakar lagi sentimen membenci antara satu parti dengan yang lain.

 

Sudah terang dan jelas. Kenyataan demi kenyataan kesemua pimpinan parti baik dari blok Kerajaan mahupun blok pembangkang: sudah tidak ada lagi kesepakatan politik untuk PRU 15 ini.

 

Ya. Kami faham.

 

BN akan bergerak solo.

 

PN - PPBM dan PAS

 

GPS - bukan lagi komponen BN tetapi mesra BN.

 

Blok pembangkang lantak merekalah nak bergaduh sesama sendiri. Bukan urusan kami nak kupas.

 

Bila kita sudah fahami duduk perkara dan keadaan politik ini, tak perlulah lagi nak main politik bila terasa hati sikit saja nak tarik sokongan. Tak puas hati sikit, nak tarik sokongan. Apa jenis politik pondan yang PPBM cuba bawa?

 

Jadilah anak jantan. Kita berpakat kerana kondisi politik semasa, mengambil kira keadaan negara dan rakyat. Bila kita terpaksa berentap dalam PRN atau PRU kita berentap sajalah.

 

Nak main politik ugut tarik sokongan macam budak kurang kasih sayang ni mengapa?

 

Dalam UMNO ada juga puak yang ambil kesempatan konon kata Ismail Sabri ada agenda nak berpakat bersama PPBM, hingga ada yang kata ada usaha Ismail Sabri nak bawa masuk PPBM ke dalam UMNO semula.

 

Ini semua cerita karut.

 

BN akan pergi solo.

 

Tanpa PPBM atau PAS.

 

Sentimen itu cukup kuat bagaikan tiang seri yang sudah dipasak di dalam setiap sanubari hati ahli UMNO. Tidak ada sesiapa pun yang mampu merubah keputusan politik akar umbi UMNO itu.

 

Jika PPBM tak puashati dengan kluster Mahkamah UMNO. Itu kamu punya pasal. Tak perlu nak libatkan Ismail Sabri dalam polemik ini.

 

PPBM yang mulakan semua polemik ini. UMNO tak pernah merayu untuk menjadi Perdana Menteri. Ismail Sabri tak pernah merayu untuk jadi Perdana Menteri.

 

Ismail Sabri jadi Perdana Menteri bukan kerana ihsan sokongan.

 

Ismail Sabri jadi Perdana Menteri kerana beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen ketika Perdana Menteri PPBM sudah hilang sokongan.

 

UMNO tak pernah merayu untuk jadi semula Kerajaan dengan jalan pintu belakang. UMNO parti yang ada maruah. UMNO bukan menang kerana belas ihsan parti lain. UMNO menang kerana kebijaksanaan pimpinan UMNO dan kerja keras akar umbi.

 

Tak perlu lagi nak main politik ugut tarik sokongan. Menyusahkan semua pihak. Menyusahkan jentera Kerajaan seperti SPR, PDRM, KKM dan perjalanan pentadbiran Kerajaan. Apatah lagi ini turut meributkan pintu Istana.

 

Main ugut-ugut nak force election tanpa fikirkan nasib rakyat. Menyusahkan jentera Kerajaan. Suka hati mak bapak kau nak panggil PRU sebab kau tarik sokongan. Fikirlah juga nasib rakyat dan persiapan jentera Kerajaan.

 

Apa jenis pemimpin politik yang penting diri begitu? Rakyat akan makin benci dan meluat kepada ahli politik pentingkan diri sendiri. Kita berpakat politik sementara kerana kondisi semasa untuk tidak menyusahkan rakyat.

 

Nothing personal.

 

Akhir kata:

 

UMNO TIDAK PERLU LAGI KESEPAKATAN POLITIK, HANYA KESEPAKATAN TARIKH PRU 15 SAHAJA!

 

BILA TIBA MASA, KITA BERENTAP SAJA.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA