Muda Mudah Lupa


MUDA adalah sebuah parti yang ASALNYA ditubuhkan bagi membuat movement dari orang muda, kepada orang muda, dan untuk orang muda.


MUDA dicerminkan pada AWALNYA sebagai third force party dalam usaha untuk mencorakkan semula lanskap politik Malaysia, supaya tidak terikut lagi dengan corak yang telah diterapkan secara turun temurun oleh ahli politik yang mereka gelar sebagai "orang tua".


MUDA di PERMULAANNYA begitu lantang membawa naratif perjuangan orang muda, dan mahu stand alone tanpa dipengaruhi oleh mana2 warlords mahupun bersekongkol dengan parti2 politik yang dikatakan menunjuk telunjuk para warlords.


Sebab itu MUDA ghairah dengan "transformasi politik" mereka. Social media adalah instrumen utama untuk potray mereka sebagai "fresh legs" dalam kancah politik Malaysia.


Semua MUDA buat adalah yang TERPALING fun, happening, trendy dan cater the needs. MUDA yang TERPALING ke depan dan nampak direct, no protocol dan cool.


Tapi MUDA juga ahli politik. Ada agenda, ada motif dan ada tersirat. 


MUDA MUDAH LUPA - Syed Saddiq lantang menyelar pemimpin yang korup, tak amanah, buday kronisme. Tapi beliau juga adalah circle friends anak2 taikun yang bapa2 mereka adalah kroni kepada pemimpin yang beliau kata sebagai korup


MUDA MUDAH LUPA - Syed Saddiq begitu "cemerlang" memainkan imej beliau sebagai seorang yang bersih dan zuhud. Tapi di rumah beliau jugalah tempat tersimpannya ratusan ribu cash, isu no plat kereta mahal dan bungalow mewah


MUDA MUDAH LUPA - pom prang pom prang menerusi politik adu bomba, tapi mereka juga yang "hilang bisa" bila kantoi kutuk team sendiri (yang awalnya mereka SANGKA kawasan YB UMNO)


Atas sebab itulah, MUDA SUDAH MULA khayal dengan naratif asal penubuhan. Dulu mereka canang sebagai third force party, budaya politik bipartisan etc, akhirnya mereka MEMILIH untuk menyertai blok Pakatan Harapan di PRN Johor.


Ramai dah cop MUDA sebagai Trojan Horse Atok. Tapi kita cubalah husnuzon sikit. Kita anggaplah jugak (kalau tak boleh, atleast cubalah anggap), MUDA ini "independent". 


Kita tengok sendiri, secara terangan Syed Sadiq berunding dengan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mat Sabu - untuk BERKONGSI kerusi dengan mereka.


Kata anti warlords, kenapa ikut telunjuk Anwar Ibrahim?


Kata anti rasuah, kenapa taat setia dengan Lim Guan Eng?


Kata anti politik bebal, kenapa kongsi bantal dengan Mat Sabu?


Sebab itu grassroot (jika ada) sudah mula tak percaya dan tunjukkan yang mereka tak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi MUDA. 


Bila MUDA KEDAH upload poster pasal tolak rasuah dengan adanya logo PH dan PKR, itu sebenarnya mesej jelas bahawa grassroot (jika ada) tak setuju dengan keputusan pucuk pimpinan. Dah makin banyak percanggahan yang pucuk pimpinan (baca : Presiden) lakukan, yang lari dengan suara MUDA yang MULA-MULA. 


Tapi bila jadi macam ni, malu jugaklah kepada "sayap muda" PKR, AMANAH, DAP - yang takde telur nak bersuara. 9 kerusi yang MUDA dapat di PRN Johor sepatutnya diisi oleh calon2 muda dari PH. Now, dah la tak dapat jadi calon, ni kena pulak jadi jentera kempen MUDA. Malu beb, rasa terhina sangat! 


Demikianlah MUDA. Tapi bila pikir balik, logik jugak MUDA ni Tentera Ababil Atok, sebab Atok pun MUDAH LUPA! 


p/s : jiwa muda

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA