Najib, Sila Jawab Soalan Kami.
Setiap kali wang berbillion-billion lesap dari negara, ada
satu nama yang sering terpalit sama.
Najib Razak.
Baru-baru ini tular tentang sebuah syarikat perjudian
Genting Hong Kong yang diisytihar muflis. Rupa-rupanya syarikat terbabit pernah
menerima pinjaman tanpa cagaran berjumlah RM 2.5 billion daripada 3 bank
tempatan.
RM 2.5 billion ini bukan satu jumlah yang kecil. Wang ini
boleh digunakan untuk memberi RM 10 ribu kepada 240 ribu keluarga mangsa banjir
baru-baru ini. Tak perlu terpekik terlolong minta keluar KWSP. Siap ada baki RM
100 juta lagi.
Siapa sebenarnya bertanggungjawab meluluskan transaksi
sebesar ini? Anwar Ibrahim telah asak Menteri Kewangan, Tengku Zafrul untuk
jawab.
Jawapan Zafrul mudah. Transaksi berlaku pada 2012. Sewaktu
itu beliau masih menabur bakti di institusi perbankan. Beliau bukan Menteri
Kewangan Malaysia 2012.
Jadi siapakah gerangan yang dicari? Siapakah Menteri
Kewangan, merangkap Perdana Menteri, merangkap Orang Nombor 1 Malaysia semasa
transaksi ini diluluskan?
Macam yang saya zikirkan di perenggan awal. Hanya satu nama
yang sering diulang sebut setiap kali ada skandal kewangan besar.
Najib Razak.
Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) adalah pemegang saham di ketiga-tiga bank yang terlibat iaitu RHB, CIMB
dan Maybank.
Bagaimana mungkin pemilik saham tidak mempunyai sebarang
suara dalam keputusan perniagaan untuk memberi pinjaman sebesar ini? Apa guna
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika simpanan masa tua rakyat dijudikan
sesuka hati tanpa cagaran?
Ini bukan pinjamkan duit kepada sanak saudara. Atau,
sebenarnya duit ini memang dipinjamkan kepada ahli keluarga? Ada khabar angin
bertebaran di internet kononnya kaum kerabat Najib memiliki kepentingan dalam
Genting Hong Kong.
Saya tidak menabur fitnah. Saya hanya melaporkan apa yang dibaca. Sila ketik pautan di bawah.
Apapun setelah berhari-hari memikirkan alasan untuk digoreng
buat pentaksubnya, Najib Razak akhirnya mengeluarkan kenyataan. Dalam lenggok
dan langgam bahasa mudah, Najib cakap dia tidak tahu. Ini bukan salah dia. Sila
tanya orang lain.
Wahai Najib Razak, benar anda tidak mempunyai sebarang
kepentingan di ketiga-tiga bank tersebut. Namun sebagai individu yang
diwahyukan untuk menjaga perbendaharaan negara, anda patut tahu asbab wang
rakyat dipinjamkan kepada syarikat judi. KWSP dan Khazanah ada pegangan di bank
yang terlibat. Berhenti makan Super Ring, sila jawab soalan kami.
Adakah anda sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
sudah melakukan sedaya mampu untuk menghalang wang rakyat dijudikan
sewenang-wenangnya oleh Genting Hong Kong?
Oleh : Osman Safee & Johan Mat
Comments
Post a Comment