Perdana Menteri Yang Membumi




Asal anak desa 


Ismail Sabri asal anak kampung. Dibesarkan oleh keluarga penoreh getah di Kampung Bukit Tingkat dalam keadaan serba sederhana. 


Kemudian, beliau berkelana ke ibu kota mengejar impian ke menara gading, menuntut di universiti tempatan terulung dan bermulalah episod kerjaya Ismail Sabri Yaakob. 


Pejuang sejak muda


Jiwa pejuangnya mula berputik di zaman mahasiswa. Tesis tahun akhir beliau bertajuk 'Layanan terhadap Tahanan Politik di Malaysia' tentang pemansuhan ISA. Kisah abangnya sendiri, Kamarazaman Yaakob yang pernah meringkuk akibat ISA menjadikan isu ini dekat di hati beliau.  


Sememangnya, Akta ISA adalah undang-undang drakonian. Tindakan memansuhkan ISA bukanlah satu langkah populis. Tersilap langkah khuatir  terbunuh kerjaya politik sendiri. 


Jiwa bersama rakyat


Sejak 2004, Ismail Sabri akan menyambut Tahun Baru Cina di Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di Bera. Kesunyian warga emas ini terisi dengan kehadiran dan keprihatinan beliau. Santun mesra ini boleh sahaja dilangsungkan dengan meriah di mana-mana hotel mewah di ibu kota namun jiwa empati Ismail Sabri sedikit sebanyak menceriakan mood perayaan mereka. 


Banyak lagi kisah yang sama dikongsi bersama rakyat. 


Wartawan cilik mahu menemuramah PM? Silakan. 


Pekerja McDonalds mahu bergambar dengan PM? Silakan. 


Peminat bola sepak bersorak bola di restoran Mamak dengan PM? Silakan, yang penting pakai jersi Chelsea. 


Inilah Ismail Sabri. Bukan politikus biasa-biasa. Hati beliau adalah untuk rakyat kebanyakan. Asalnya dari kampung membesarkan Ismail Sabri sebagai seorang Perdana Menteri yang membumi.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA