PRN Johor Belum Lagi Bermula Pakatan Harapan , PKR , WARISAN Dan MUDA Sudah Bergolak Sesama Sendiri

 



MUDA  adalah Secret Weapon Tun Mahathir Menghapuskan Pengaruh Anwar Dan PKR 
Anak Lee Kim Yew ( penyokong kuat Mahathir ) iaitu Dian Lee merupakan salah seorang ahli dan juga bakal calon MUDA untuk PRN kali ini. 



Kini sudah jelas terbukti siapakah sebenarnya yang menaja dan menguasai Parti MUDA. 



Oleh sebab itu , Ketua Penerangan MUDA Kedah membuat catatan  tentang rasuah yang menampilkan bendera Pakatan Harapan (PH) dan PKR. 



Negeri Kedah ini siapa yang sebenarnya "Godfather" di sana tepuklah dada dan tanyalah selera anda sendiri. 



MUDA merupakan sebuah parti politik baharu yang bilangan ahli tidak ramai , tiada akar umbi dan tiada pengalaman pula kini berjaya mendapat 9 kerusi percuma daripada Pakatan Harapan dan PKR. 



PH memberi 6 kerusi kepadanya dan PKR memberi 3 lagi kerusi kepada MUDA. 



Keadaan ini bertambah parah apabila Wanita PKR Johor kecewa PH beri kerusi Puteri Wangsa kepada MUDA. 



Ahli PKR yang juga aktivis sosial, Adam Adli Abdul Halim juga memberi amaran kepada MUDA  supaya lebih berhati-hati dan tidak cuba untuk menggores hati dan perasan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR).



PRN Johor belum lagi bermula Pakatan Harapan , PKR , WARISAN dan MUDA sudah bergolak sesama sendiri.



Langkah parti MUDA yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berunding kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan rasa kurang senang di kalangan para pemimpin Warisan.



Tindakan tersebut dianggap tidak wajar memandangkan parti pembangkang tersebut tidak sehaluan dengan blok Pakatan Harapan (PH) tersebut tetapi Presiden MUDA itu nampaknya terpaksa tunduk dan berunding dengan Ketua Pembangkang tersebut.



Syed Saddiq sepatutnya memutuskan kerusi yang ingin mereka masuk bertanding dalam PRN Johor tanpa perlu berunding dengan PH kerana parti itu bukanlah sebahagian daripada gabungan blok pembangkang itu. 



Hal ini disebabkan calon PM PRU 15 Warisan adalah Shafie Apdal manakala calon PM PRU 15 PKR pula adalah Anwar Ibrahim. 



MUDA yang sudah membuat gabungan dengan WARISAN kini pula menikam rakan seperjuangan mereka untuk berunding dengan PH dan PKR. 



Peliknya walaupun mereka bekerjasama pada PRN kali ini tetapi masing - masing akan menggunakan logo sendiri. DAP-AMANAH   ( Pakatan Harapan) , PKR ( PKR ) , MUDA ( MUDA ) , WARISAN ( WARISAN ). 



Kerjasama sedemikian ibaratkan retak menanti belah.


Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA