Tanah dan Air


Jika Pengarah, ada Timbalan Pengarahnya,

Jika Menteri, ada Timbalan Menterinya,

Jika Perdana Menteri, ada Timbalan Perdana Menterinya.


Orang nombor dua negara inilah amat penting dalam mendokong kepimpinan Perdana Menteri. Selama ini Ismail Sabri berada solo di anjung kuasa, walaupun jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam Perlembagaan. Tetapi ia perlu ada di sisi seorang ketua negara. 


Misalnya, ketika bencana banjir hujung tahun lalu, Timbalan Perdana Menterilah yang sepatutnya bertanggungjawab menggalas tugas untuk menangani bencana besar ini. Tetapi, oleh kerana ketiadaannya, Ismail Sabri terpaksa menghadapnya seorang diri namun masih tetap cemerlang!


Yang menjadi teka-teki, siapa yang patut menjadi orang kedua dalam Malaysia? 


Siapa yang tidak kenal dengan Hishammuddin, anak Tun Hussein Perdana Menteri ketiga yang nendanya juga pengasas UMNO, Almarhum Dato’ Sir Onn Jaafar. Bakat kepimpinan mengalir dalam darahnya ‘it runs in the blood’.


Mengapa Hishammuddin wajar di sisi Ismail Sabri?


1. PERNAH MENJADI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA. 


Sebenarnya, dari susur-galur kebanyakkan pemimpin utama adalah lahir dari kem Pemuda UMNO. Sesiapa yang datang dari Sayap Pemuda ini sudah pasti mempunyai jaringan UMNO merentasi 191 bahagian dalam Malaysia. H2O memang mempunyai sokongan dari ‘grassroot’. Sokongan dari ‘grassroot’ inilah yang diperlukan oleh Ismail Sabri untuk mengemudi nakhoda UMNO. Malah, beliau juga pernah berada di kerusi Naib Presiden UMNO. Tindakannya tidak mahu bertanding dalam Pemilihan UMNO yang lepas, kerana terlalu sayangkan UMNO, tidak mahu berlaku perpecahan apatah lagi Perang-Saudara.


2.  PEMIMPIN DARI SELATAN


Jika Ismail Sabri datangnya dari Pantai Timur, gandingannya seharus dari Selatan. Sudah termaktub dalam sejarah, UMNO lahir dari rahim negeri Johor. Johor adalah kubu kuat dan tunjang UMNO. Maka gandingan Ismail Sabri mesti dari pemimpin negeri Johor, kerana Johor itu adalah ‘tiang seri’ UMNO. Ismail Sabri akan menjadi kuat apabila gelombang sokongan UMNO di’ngaum’kan oleh Harimau Selatan.


3. BERPENGALAMAN LUAS SEBAGAI MENTERI 


Memegang karier sebagai Menteri Penuh bermula dengan Menteri Belia dan Sukan (1999-2004), Menteri Pelajaran (2004-2009), Menteri Dalam Negeri (2009-2013), Menteri Pertahanan (2013-2018), Menteri Luar Negeri (2020-2021), Menteri Kanan Kluster Keselamatan merangkap Menteri Pertahanan (2021 hingga sekarang). Dari kayu ukur pengalaman ini, tidak ada siapa mampu menewaskannya. Ismail Sabri memang memerlukan seseorang  ‘wisdom-leader’ seperti H2O dalam membantunya untuk menguruskan pentadbiran negara.


4. HUBUNGAN ANTARABANGSA


Beliau mendapat pengajian di Aberystwyth Universiti, Whales, (LLB) dan kemudian melanjutkan pelajaran ke London School of Economics (LLM). Dari bangku pengajian inilah sosok bernama H2O membina hubungan baik dengan anak-anak keluarga Diraja Arab. Sehingga hari ini, atas hubungan baik inilah, Hishammuddin menjadi orang kepercayaan Raja Arab di Malaysia. Tidak cukup dengan itu, ketika negara diselubungi tragedi MH370, beliau hadir dengan satu wibawa dan keberanian untuk tampil berdepan media antarabangsa. Akhirnya, imej Malaysia dipandang tinggi atas kompitensi beliau menguruskan tragedi kehilangan MH370 ini. Maka, Hishammuddin terbukti mampu membawa nama Ismail Sabri, seorang Perdana Menteri ke pentas antarabangsa.


Oleh demikian, tidak lain dan tidak bukan, H2O adalah gandingan Ismail Sabri yang paling cocok untuk memimpin Malaysia. Jika Ismail Sabri seorang pemimpin yang menjuarai hati rakyat terbanyak, manakala Hishammuddin pula mewakili golongan elitis. Sebenarnya duo ini mampu memacu semula UMNO ke landasan yang tepat. Amat besar harapan ahli UMNO untuk melihat formula gandingan ini menyatupadukan UMNO seterusnya membentuk kestabilan negara. Jika H2O adalah air, maka Ismail Sabrilah tanahnya. Tanah Air ini memerlukan mereka berdua. 


Namun persoalannya, sejauh manakah UMNO berani memformulakan gandingan ini?

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA