10 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Artikel Free Malaysia Today Bertajuk 76% Pekerja Sokong Pengeluaran Caruman KWSP
76% daripada 1,211 pekerja di Malaysia bersetuju supaya satu lagi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan - FMT
1. Artikel ini sudah pun tiada dalam lawan web FMT. Adakah kerana mereka melaporkan berita dan kajian yang palsu ? Hal ini disebabkan , FMT jarang akan memadamkan sebarang laporan berita mereka. Lebih - lebih lagi tiada sesiapa yang mendakwa mereka.
https://www.freemalaysiatoday.com/.../76-pekerja-sokong.../
2. Angka kaji selidik seramai 1211 daripada 15.5 juta bilangan pekerja di Malaysia hanyalah 0.007% daripada keseluruhan tenaga pekerja di negara Malaysia.
3. Sebanyak 66% yang mahukan pengeluaran KWSP demi meneruskan kehidupan
- Ini adalah kaji selidik pekerja dan keadaan ini hanya menandakan mereka bukan penggangur dan kini memiliki kerja serta gaji setiap bulan
- Oleh yang demikian , alasan untuk meruskan kehidupan bukanlah sesuatu alasan yang munasabah
4. 58% pula mahukan pengeluaran dana sokongan kerana ketidakpastian sepanjang pandemik.
- Pandemik sudah memasuki fasa kepastian dan Covid setinggi 33000 pun tidak ada lagi lockdown. Kita pula sudah berada dalam fasa endemik.
5. 28% pula mahu membuat pelaburan untuk pulangan yang lebih baik daripada KWSP
- Kadar dividend terkini pada 6.1% adalah jauh lebih tertinggi berbanding dengan majoriti instrumen pelaburan lain
- Kadar purata BURSA SAHAM Malaysia mencatatkan penurusan 30.69% dalam jangka masa setahun. Emas hanya meningkat sekitar 4% dan Bitcoin pula jatuh lebih daripada 10%.
6. Bukan Masalah Kajian Atau 'Content' . Masalah Tajuk Headline Media .
Dalam 'content' ada melaporkan
Seramai 55% responden tidak bersetuju dengan pengeluaran caruman KWSP kerana bimbang dengan wang untuk persaraan mereka (55%)
http://thetimes.my/.../76--pekerja-sokong-pengeluaran...
Oleh itu , tajuk juga boleh jadi 55% tidak bersetuju pengeluaran kwsp kerana bimbang dengan wang untuk persaraan mereka
7. Dalam kaji selidik ini tidak membuat sebarang kaji selidik terhadap berapa ramai dalam kalangan mereka yang hendak membuat pengeluaran masih memiliki simpanan yang cukup untuk dikeluarkan?
Hal ini disebabkan , sebanyak 6.1 juta ahli KWSP miliki baki kurang RM10,000 dalam simpanan mereka.
Jika mereka memiliki lebih daripada RM 10 000 dalam simpanan maka keadaan ini hanya bermakna gaji sedia ada mereka adalah berada pada paras yang amat selesa dan alasan pengeluaran untuk meneruskan hidup tidak lagi rasional.
8. Dalam kaji selidik itu, 53% responden mengakui mereka telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar/i-Citra, sementara 47% lagi tidak membuat sebarang pengeluaran.
- Keadaan ini juga bermakna kerajaan sudah pun membenarkan 53% mengeluarkan simpanan mereka sebelum ini
- 47% yang tidak mengeluarkannya pula jika pada masa pandemik dan lockdown yang begitu dahsyat pun tidak keluarkan mengapa pula perlu keluarkan kini pada ketika Ekonomi dalam fasa pemulihan dan pandemik dalam fasa endemik?
9. 10% pula mahu gunakan untuk leisure (bercuti/beli gajet/fesyen dan lain-lain
- Keadaan ini hanya menandakan langkah kerajaan untuk tidak benarkan pengeluaran adalah tepat
- Tidak masuk akal untuk gunakan wang simpanan KWSP untuk tujuan hiburan dan pembelian barangan
- Pada I Citra yang lepas sebanyak 4.98 juta permohonan berjumlah RM20.58 bilion diluluskan pengeluaran mereka
- Jika berdasarkan statistik ini maka hampir 500 000 yang membuat pengeluaran adalah untuk tujuan hiburan dan pembelian barangan
- Nasib baik kerajaan tegas untuk tidak benarkan lagi sebarang pengeluaran
.10. 31% lagi memilih untuk menyimpan semula jumlah pengeluaran mereka selepas ekonomi mereka pulih
- Statistik ini hanya membuktikkan pengeluaran demi meneruskan hidup hanyalah satu jenis alasan
- Jika benar - benar demi meneruskan hidup maka mengapa dalam soal selidik tanya selepas ekonomi pulih pula mereka tidak mahu menyimpan semula jumlah pengeluaran mereka ?
Comments
Post a Comment