Aura Ismail Sabri Mengerunkan Pihak Lawan
Namun begitu , untuk zaman ini iaitu zaman Kento Momota dan Viktor Axelsen pula terkenal dengan pembawaan aura yang baharu dalam dunia badminton iaitu dengan aura ketenangan mereka. Mereka tenang dan tidak tergopah-gapah . Dalam MMA pula style mereka seperti seni Tai Chi dan Judo.
Jika anda adalah pihak lawan Ismail Sabri sebelum ini maka tepuklah dada dan tanyalah selera siapa dalam kalangan anda yang pernah terfikir bahawa beliau adalah calon Ketua Pembangkang BN pada suatu ketika dahulu ?
Bermula dari situ siapa pula yang menyangka beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan terkini lebih terperanjat pula menjadi Perdana Menteri negara kita tanpa disedari?
Sebenci - bencinya Pakatan Harapan terhadap UMNO sekalipun siapa pula dapat bayangkan PH pula akhirnya dapat menyokong MOU bersama kerajaan yang dipimpin oleh Ismail Sabri apabila Muhyiddin sebelum ini gagal sehingga terpaksa meletakkan jawatan.
Politik UMNO yang memiliki banyak kem yang tersendiri juga akhirnya setuju sebulat suara menyokong Ismail Sabri sebagai calon PM mereka.
Setiap musuh ditundukkan dengan begitu mudah sampai tidak kelihatan dan kedengaran.
Dalam sekelip mata bagaikan magis dan sihir yang menjelmakan ke dalam realiti. Falsafah seni perang Sun Tzu yang paling tinggi adalah "The Supreme Art Of War Is To Subdue The Enemy Without Fighting". Dalam erti kata bahasa Melayu pula menundukkan pihak lawan tanpa perlu bersemuka ataupun berlawan.
Jika dalam permainan poker pula skil tertinggi yang mereka perlukan adalah ‘poker face’ iaitu satu jenis perwatakan yang tiada emosi. Ketenangan ‘poker face’ adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh pihak lawan kerana mereka tidak dapat membaca apa yang berada dalam pemikiran dan percaturan anda. Biar apa sahaja yang berlaku anda tetap tenang dan tidak bereaksi serta beremosi.
Setiap peluru lawan pula dipatahkan dengan begitu mudah sehingga kini pihak Pakatan Harapan langsung tiada isu untuk menyerang Ismail Sabri.
Isu Banjir
Dalam isu banjir bermula dari posisi 'defensive' Ismail Sabri dengan cepat dan pantas mengumumkan pakej bernilai ratusan ringgit pada keesokan hari. Peluru ini terus dipatahkan begitu sahaja sehingga tidak kedengaran lagi suara serang daripada pihak lawan pada PRN kali ini. Ada lagi kita dengar isu banjir lagi ? Tiada kan?
Harga Ayam
Isu kenaikkan harga ayam pula dengan pantas beliau meningkatkan bekalan penawaran ayam dalam pasaran Malaysia dengan mengimport ayam ke dalam negara kita. Tambahan pula, harga siling ditetapkan supaya rakat tidak terbeban dan pemberian subsidi kepada peniaga yang terjejas pendapatan mereka. Ada kita dengar Isu harga ayam lagi ? Tiada kan ?
FELDA
PN memulakan kempen mereka dengan SENJATA merekalah yang membantu menyelesaikan hutang peneroka FELDA. Tanpa membuat sebarang ceramah atau menyerang mana - mana pihak.
Keesokan hari Ismail Sabri mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada FELDA untuk digunakan dengan sebaiknya bagi membolehkan warga FELDA terbabit di sepanjang rantaian nilai pengeluaran.
Projek perumahan generasi baharu FELDA pula dilancarkan supaya generasi kedua FELDA tidak mampu dapat pembiayaan dari segi kerana tidak mempunyai slip gaji boleh bina rumah sendiri di lot yang ada, murah dan boleh dimiliki.
Begitu mudah sahaja jasa PN dipadamkan begitu sahaja.
KWSP
Beliau tegas tidak membenarkan sebarang pengeluaran KWSP kerana tidak mahu membinasakan simpanan masa hadapan rakyat Malaysia. Dalam sekelip mata beliau menyelesaikan segala alasan pengeluaran KWSP. Tiada kerja? Tidak cukup wang? Peniaga perlukan wang untuk memulakan perniagaan?
BKM diberikan terus kepada 9.6 juta rakyat Malaysia golongan B40. Daripada rakyat keluarkan wang mereka sendiri Ismail terus bagi masukkan wang ke dalam poket rakyat daripada kerajaan.
PROGRAM Semarak Niaga Keluarga Malaysia dan Jamin Kerja yang dilancarkan pada dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) serta sektor informal.
Terkini pula kadar dividen KWSP sebanyak 6.1% terus memberi pukulan maut kepada kumpulan pendesak KWSP.
PRN Johor
Pada mulanya , Ismail Sabri kurang aktif di Johor.
Beliau hanya fokus untuk memberi dos penggalak kepada momentum ‘feel good’ terhadap BN melalui pelbagai lawatan beliau ke seluruh negara ASEAN yang membawa kembali pelaburan dan kerjasama ekonomi yang menguntungkan rakyat Malaysia.
Namun dalam permainan bola sepak ada fasa tertentu yang perlu kita fahami. Kita ada separuh masa pertama dan kedua. Kita ada pelbagai pihak di setiap posisi.
Kini apabila sudah hampir mahu sampai ke minit 90, Ismail Sabri hari menyerang Johor dengan Program Jelajah Aspirasi Malaysia di Negeri Johor.
Beliau memainkan peranan sebagai seorang penyerang yang tenang menjaringkan gol kemenangan kepada team BN di Johor.
Ketenangan dalam permainan bola sepak adalah terma yang membawa maksud seorang penyerang yang tidak gopoh dalam situasi yang terdesak dan menjaringkan gol pada waktu kecemasan.
Dalam program ini beliau terus umumkan setiap kejayaan, polisi dan dasar yang beliau sudah berjaya laksanakan.
Keadaan ini akhirnya mematikan segala janji, manifesto dan pelbagai serangan peluru daripada pihak lawan sebelum ini.
Aura Ketenangan
Suhu politik di Malaysia sedang tepu dan tenat. Suasana politik negara Malaysia begitu tidak stabil. Dalam era kepimpinan Ismail Sabri pula walaupun kini angka Covid mencecah lebih daripada 33000 dan kita dilanda dengan ribuan isu setiap hari. Namun begitu, disebabkan pancaran sinar ketenangan beliau memimpin akhirnya rakyat juga tidak lagi panik seperti dahulu lagi.
Menggerunkan Pihak Lawan
Jika anda adalah pihak lawan Ismail Sabri pada mulanya anda tidak akan takut kepada beliau. Hal ini disebabkan beliau senantiasa membawa IMEJ UNDERDOG dan hanya akan menjaringkan gol pada saat - saat penting dan terakhir.
Namun begitu, setelah berkali - kali tanpa sebarang suara dan bunyi beliau berjaya muncul sebagai The Real Winner in the end.
Anda akan mula untuk gerun kepada cara pembawaan politik SILENT KILLER beliau.
Membunuh tanpa sebarang pisau.
Mematahkan setiap serangan peluru tanpa disedari.
Menjaringkan Gol pada saat - saat terakhir sehingga anda tidak sempat untuk menyelamatkan keadaan.
Tidak dapat baca What Is His Next Move and You Won't Be Able To See What Next That Will Be Hitting You
Percatur Yang Tenang Dan Berhati -Hati Dalam Setiap Langkah Sehingga Sukar Untuk Mencari Kelemahan Dan Kesilapan Beliau
Jika anda masih lagi belum GERUN dengan Ismail Sabri maka the QUOTE OF THE DAY WILL BE ANDA PASTINYA AKAN GERUN DAN DIGERUNKAN BILA SAMPAI WAKTUNYA NANTI.
Pada ketika itu, it will be too late for you to do anything seperti musuh - musuh politik Ismail Sabri ini. Nasi sudah pastinya akan menjadi bubur!
Dari seorang penoreh getah dan seorang yang sebelum ini kurang popular dalam kalangan pemimpin UMNO kini sudah muncul sebagai PM negara kita.
Strategi beliau memanglah sengaja tidak mahu anda gerun kepada beliau. Hanya mahu anda gerun kepada beliau bila sampai masa dan waktunya .
Inilah bezanya seni dan falsafah Tai Chi dan Judo berbanding Muay Thai. Anda tidak akan sesekali berasa gerun sehingga ditundukkan on the ground dan pada ketika itu it’s already over.
Comments
Post a Comment