BEKU AKAUN: ISMAIL SABRI BERJAYA MENANGI HATI PENGUNDI WANITA



Puteri dan Wanita semakin dirasai kehadiran dalam tiap peperangan politik di peringkat akar umbi atau di peringkat nasional. Membawa semangat Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah Hashim, para wanita khususnya dalam Negara Malaysia pada hari ini dilihat lebih ekstrem dan berkobar kobar dalam memperjuangkan nasib kaum wanita itu sendiri terutama dalam menjawat jawatan jawatan berstatus tinggi di dunia korporat mahupun dunia politik.


Walaupun nisbah lelaki bagi wanita dicatatkan lebih tinggi iaitu 106 lelaki berbanding 100 orang wanita(Statistik 2021), masalah penindasan terhadap kaum wanita saban hari dilihat semakin serius terutama bagi kes kes pembahagian harta pusaka atau penceraian.


Namun, gerak mula buat Perdana Menteri Malaysia Ke 9 dilihat lebih menyebelahi kaum wanita. Satu inisiatif kerajaan yang mampu membela masyarakat wanita yang ditindas dilihat akan lebih berkesan sekaligus mengajar erti sebuah tanggungjawab buat insan yang bergelar LELAKI.


Isu gantung tidak bertali,hak anak yang di abaikan dari sudut nafkah dan suami yang enggan selepas perintah mahkamah sudah dikeluarkan akan diselesaikan sekaligus dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Ismail Sabri iaitu PEMBEKUAN AKAUN.


Sekali nilai,ini bercanggah dengan hak asasi bagi kaum lelaki,namun bagi menjunjung santun budaya timur dan erti sebuah tanggungjawab merentas semua agama dan bangsa, perkara ini amat relevan untuk dilaksanakan. 


Perkara ini bukan sahaja disokong oleh semua wanita, malah bapa dan ibu yang mempunyai anak gadis seolah olah ada sebuah surat “guarantee” disaat melepaskan anak gadis mereka kepada lelaki yang dicintai oleh gadis tersebut.


Diakui ini adalah tindakkan yang populis,tetapi ia adalah populis yang relevan dan memberi impak manfaat buat semua rakyat malaysia. Wanita bukan sekadar bersorak didalam dewan,malah turut jerit girang dihadapan televisyen. Bukan menggalakkan sebuah penceraian, tetapi mendidik jiwa lelaki erti tanggungjawab tidak akan terhenti hanya dengan satu lafaz buat isteri.


Sebagai warga Malaysia dan khususnya wanita, mengundi seorang Pemimpin sudah bukan dilihat kepada gaya cakap dan mahir berpencak dalam politik. Bila seorang pemimpin mampu menjaga kebajikan rakyat sehingga ke tahap ini, sudah cukup untuk sentiasa di ingati meskipun tidak berasa untuk berterima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA