Bossku Sekadar Menunggang Arus Sokongan Rakyat Pada BN


Tahun 2019 merupakan titik permulaan tahun kebangkitan Barisan Nasional dalam arena persada politik negara Malaysia.


Bermula dengan PRK  Parlimen Cameron Highland dan diikuti dengan PRK DUN Semenyih , DUN Rantau , Parlimen Tanjung Piai , Parlimen Kimanis , dan DUN Chini dimenangi oleh Barisan Nasional tanpa sebarang pengaruh "Bossku" dalam PRK tersebut. 


Sokongan rakyat kembali kepada BN dan penolakan rakyat terhadap PH berbeza dengan penerimaan mereka kepada Bossku. Hal ini jelas terbukti rakyat menolak panglima setia Bossku iaitu Lokman Adam dalam PRK Sungai Kandis. 


Realitinya , ada atau tiada Bossku dalam PRN Johor juga tetap akan dimenangi oleh BN seperti mana yang berlaku dalam PRN Sarawak. 


Oleh itu , dari faktor politik Bossku sebenarnya lebih memerlukan PRN Johor daripada BN memerlukan Bossku di PRN Johor . 


Bossku memerlukan satu pentas untuk terus menjadi relevan dalam arena politik Malaysia. UMNO atau BN pula tanpa sesiapa juga masih akan kekal revelan. 


Dalam kebangkitan sokongan ombak tsunami rakyat terhadap BN pula dieksplotasi peluang ini oleh Bossku yang mahu menumpang  dalam ombak ini. Percaturan politik sedemikian akan akhirnya terus menjadikan UMNO-BN sebagai perisai terhadap segala isu dan skandal yang melanda beliau. 


Kita jangan lupa sejarah bahawa disebabkan Bosskulah BN-UMNO pertama kali dalam sejarah kalah dalam pilihan raya yang paling dalam memori tanah air. Dalam politik tiada sesuatu yang statik dan berkekalan. Dinamikanya senantiasa berubah. Jangan disebabkan kita gagal membaca punca kemenangan dan kekalahan yang sebenar sehingga akhirnya menyebabkan segala kemenangan kita disejarahkan. 


Hal ini disebabkan , setelah PH menang PRU 14 pada ketika itu mereka sehingga kebal dengan kemenangan 4 seri PRK berturut - turut. 


Bermula dari DUN Sungai Kandis dan diikuti dengan DUN Seri Setia , DUN Balakong dan Parlimen Port Dickson. Dalam sekelip mata sahaja kekebalan mereka hilang dan kini terus berhadapan dengan siri kekalahan demi kekalahan.  


Adalah amat bahaya untuk sesebuah politik mempertaruhkan segala riwayat dan nyawa parti politik mereka dengan terikat dengan seseorang individu. 


Sejarah sudah berkali - kali membuktikan bahawa dalam sekelip mata sahaja Anwar , Mahathir , Muhyiddin dan Najib menjadi sangat popular dan tidak popular dan selepas itu popular dan tidak popular kembali. 


Najib sebenarnya adalah liabliti kepada UMNO-BN dalam jangka masa panjang. Asset UMNO-BN terletak kepada pengundi setia , jentera dan akar umbi mereka. 


Kita juga perlu sedar bahawa kemenangan PRN Johor kali ini akan dijadikan sebagai senjata utama Najib untuk meneruskan rancangannya dalam politik dalaman UMNO. 


Politik dalaman dan perang saudaralah inilah yang akhirnya akan menyebabkan kekuataan UMNO yang sudah pulih akan tercalar. 


Perebutan kuasa antara pasukan Mahathir dan Anwar dalam Pakatan Harapan yang menyebabkan mereka hilang dari peta kuasa Malaysia. 


With or Without Bossku , Rakyat sudah pun kembali bersama BN. Peratusan pengundi yang keluar mengundi adalah rendah dan ditambah pula dengan pepecahan dalam kalangan Pakatan Harapan sendiri akhirnya memberi kemenangan besar kepada BN.


Jangan pula disebabkan Bossku hendak lahir kembali dalam politik negara maka akhirnnya peratusan pengundi dalam PRU 15 akan datang akan berada pada angka melebihi 80% seperti PRU 14. 


Jangan pula disebabkan oleh Bossku maka akhirnya kesemua komponen parti akhirnnya akan bersatu kembali. 


Jangan disebabkan Bossku juga sejarah pahit lampau BN-UMNO kembali menjelma. 


Hal ini disebabkan , terdapat 2,599,797 pengundi berdaftar pada PRN Johor kali ini. Daripada angka ini sebanak 599,753 (43.11%) menyokong BN dan 826,820 (56.89%) menolak BN.  1,173,224 pengundi pula tidak keluar untuk mengundi. Undi popular BN adalah sebanyak  38% sahaja. 


Jangan disebabkan percaturan Bossku untuk Menunggang Arus Sokongan Rakyat Pada BN pula menjadi titik permulaan Bossku Punca Penyatuan Kembali Pakatan Harapan dan lebih menakutkan pula seterusnya menjadi Punca Pepecahan Dalam UMNO-BN.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA