DASAR YAB PM DSIS DILAKSANAKAN SEBAIKNYA OLEH MENTERI KEWANGAN
Impak COVID-19 memberi kesan besar kepada pembangunan ekonomi. Kerajaan telah memperkenal pelbagai inisiatif kepada pemulihan. Individu yang bertanggungjawab kepada portfolio Kementerian Kewangan sudah tentulah YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bank Negara telah mengumumkan bahawa KDNK meningkat kepada 3.1 peratus pada 2021 berbanding penguncupan pada tahun sebelumnya, sebanyak 5.6 peratus. Kadar pengangguran Disember 4.2% berbanding 5.3% pada Mei 2020. Kedua-dua indikator ini adalah cerminan keberhasilan formula ekonomi Keluarga Malaysia. 8 Pakej Bantuan Rangsangan Ekonomi bernilai RM 530 bilion telah pun diagihkan kepada Kementerian dan Institusi yang menjadi saluran penyampaian kepada mereka yang memerlukan.
Dua tunggak utama yang ditetapkan dalam Kerajaan Pimipinan YAB Perdana Menteri Bajet 2022 memfokuskan pemulihan ekonomi adalah melalui banteras pengangguran dan membantu usahawan Malaysia.
_JAMINAN KERJA KELUARGA MALAYSIA_
600 000 peluang pekerjaan baru, berasaskan sektor job scarcity berbanding 560 000 pada tahun 2021. 50 majikan melalui 2500 peluang pekerjaan sudah dimulakan semasa pelancaran program JaminKerja pada 19 Februari lalu, diikuti MyStep sudah menjamin 61 000 peluang pekerjaan. Latihan yang kerajaan berikan untuk upscaling skill, pelatih mendapat pekerjaan di agensi berkaitan kerajaan dan dalam sektor awam. Permohonan juga ditingkatkan melalui MyStep dari 50 000 peluang keapda 80000 slot tenaga kerja mahir.
Malah, program JaminKerja turut memberi manfaat kepada pelbagai kumpulan minoriti Orang Kelainan Upaya, Bumiputera Asli, malah peluang pekerjaan juga disediakan kepada banduan.
_SEMARAK NIAGA KELUARGA MALAYSIA_
40 bilion ringgit peruntukan dalam program Semarak Niaga kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Lebih 1 juta PMKS sudah mendapat bantuan menerusi bajet 2022. Jumlah peruntukan sebanyak RM 20 bilion ringgit disuntik untuk mengekalkan 3.7 juta pekerja melalui program Subsidi Upahan.
Tanda pemulihan sektor perniagaan semakin jelas, dengan peningkatan sebanyak 25% apabila jumlah perdagangan meningkat 20%, 200 bilion-ringgit pada Januari 2022. Perniagaan borong dan runcit negara mencatatkan jualan melebihi RM 120 bilion ringgit pada Disember lalu.
Pinjaman langsung, jaminan pernigaan, dan suntikan ekuiti diberikan kepada usahawan seluruh negara mengikut skala syarikat. RM 1.8 bilion kredit mikro, Equity Funding RM 2.2 bilion, PKS, 14 billion, jaminan kepada bank untuk pinjaman usahawan sebanyak RM 22 bilion. Proses jaminan pinjaman yang mudah sudah melibatkan ramai usahawan sudah medapatkan pembiayaan tersebut.
Prospek pada masa hadapan juga diberikan untuk pemulihan sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat penularan wabak. Pelepasan cukai dan penyediaan dana sebanyak RM 1.6 bilion dilanjutkan sehingga penghujung 2022 untuk memperbaik kedudukan sektor pelancongan yang mengalami kerugian terburuk dalam dekad ini.
Terbaru, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri juga jelas mempamerkan prestasi cemerlang apabila mempertahankan aliran keluar tunai KWSP dari siri pengeluaran one-off selepas RM 101 bilion dipindahkan semula ke akaun bank pencarum. Tindakan ini menjamin pelaburan institusi tersebut. Hasilnya, dividen tertinggi (6.1%) dalam tempoh tiga tahun dinikmati pencarum KWSP untuk simpanan masa hadapan.
Rumusannya, komitmen Menteri Kewangan dan penerokaan cekap kepada dasar yang telah disusun melaui Kabinet DSIS telah terbukti kesan. Pelbagai inisiatif juga masih berlangsung dan akan direncana untuk memastikan ekonomi negara terus mekar dan manfaat terus dirasai rakyat. Syabas Menteri Kewangan dan Kerajaan Malaysia!
Comments
Post a Comment