Dividen 6.1 KWSP Bukti Ketegasan Ismail Sabri Mempertahankan Wang Simpanan Rakyat Malaysia Adalah Keputusan Yang Tepat
Sebanyak RM 101 Billion dibenarkan keluar begitu sahaja sehingga kini lebih daripada 6.1 juta Bumiputera kini memiliki kurang daripada RM 10 000 dalam akaun mereka.
Keadaan bertambah parah apabila kini sebanyak 79 peratus pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 juga dari golongan Bumiputera.
Pendekatan yang diambil oleh Ismail Sabri adalah fokus untuk memulihkan simpanan rakyat Malaysia dalam KWSP.
Ketegasan untuk tidak membenarkan pengeluaran akhirnya kini membuahkan hasil apabila kadar dividen sebanyak 6.1% kepada semua pencarum sedia ada.
Dalam situasi ekonomi negara seluruh dunia yang masih lagi tenat kerana pandemik dan dalam keadaan negara baharu mula hendak ke dalam fasa pemulihan pula kita dapat kadar setinggi ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik.
Ketika inflasi kini semakin tinggi dan pelbagai jenis instrumen pelaburan termasuk Bitcoin juga jatuh tetapi KWSP dapat memberikan dividen setinggi 6.1% adalah sesuatu yang amat luar biasa. KWSP terbukti instrumen pelaburan yang terbaik dan selamat .
Polisi pentadbiran Ismail Sabri selama ini adalah tidak mahu menyusahkan rakyat kerana segala - galanya hendak beliau permudahkan.
Ketika banjir pula banyak desakan daripada golongan populis untuk benarkan pengeluaran KWSP.
Namun begitu , Ismail Sabri tegas tidak mahu rakyat menyentuh wang masa depan mereka sendiri. Beliau akhirnya membuat keputusan untuk memberi RM 10 000 daripada kerajaan kepada rakyat.
Bayangkan apa yang akan terjadi sekirannya Ismail Sabri membenarkan pengeluaran sebanyak ratusan Billion sekali lagi ?
KWSP terpaksa cairkan segala asset dan pelaburan mereka sehingga akan menyebabkan pendapatan yang dimiliki oleh KWSP semakin berkurangan.
Ketegasan beliau kini bukan sahaja memperkukuhkan simpanan rakyat Malaysia tetapi juga keuntungan pelaburan KWSP dan akhirnya semua pihak dapat menikmati daripada situasi ini.
Sekirannya KWSP mengalami kerugian maka kadar dividen pada tahun ini akan menjadi jauh lebih rendah.
Beliau memilih untuk dimaki , dihina dan diserang oleh musuh - musuh politik yang cuba menyerang beliau dalam isu pengeluaran KWSP.
Beliau sanggup tidak menjadi popular demi kesenangan rakyat pada masa hadapan.
Comments
Post a Comment