Ismail Sabri Bakal Bawa Kemenangan 2/3 BN Dalam PRU 15
Dua Kali PRN, Barisan Nasional Menang 2/3 Pada Era Ismail Sabri Menjadi Perdana Menteri
Kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang diterima baik oleh rakyat, dilihat turut menjadi antara faktor menyumbang kepada kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Di PRN Melaka, Barisan Nasional menang dengan 21 kerusi dari 28 kerusi DUN. Di PRN Johor, BN menang 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
Dasar dan pendekatan yang dibuat oleh Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia memberi impak di Melaka dan Johor.
Pendekatan “Keluarga Malaysia” telah mengeratkan lagi perpaduan, suasana harmoni dan kestabilan antara kaum di negara ini.
Ismail Sabri mempermudahkan bantuan kepada mangsa banjir. Mempermudahkan urusan untuk pembeli rumah, tanpa slip gaji pun boleh memiliki rumah.
Apa yang lebih penting, sejak Ismail Sabri menjadi PM, kadar pengangguran di Malaysia telah berjaya dikurangkan dengan banyak sekali.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian, berpendapat dasar dan pendekatan Ismail Sabri antara faktor penyumbang kemenangan BN di Melaka dengan perubahan kepemimpinan kerajaan Pusat untuk diterajui pemimpin daripada UMNO dan BN oleh Ismail Sabri yang memberi nilai tambah kepada UMNO-BN.
Setakat ini imej Ismail Sabri boleh dianggap bersih kerana tidak terpalit dengan sebarang skandal atau dakwaan salah laku. Beliau juga selalu kelihatan tenang dan sabar.
Prestasi cemerlang dalam mentadbir negara selain sebagai sandaran bagi memulihkan imej UMNO yang memerlukan pemimpin berimej bersih.
Kita lihat Ismail Sabri tidak ada imej liabiliti dan tidak ada gangguan dari segi politik pimpinan parti untuk menjalankan tugas-tugas kerajaan dengan baik.
Landskap politik negara dibawah Ismail Sabri semakin pulih.
Kestabilan sedemikian yang sebenarnya dikehendaki oleh Rakyat .
Penganalisis Politik, Datuk Anbumani Balan berpandangan sejak Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri, politik dan situasi dalam negara semakin stabil.
Negara sudah tidak ada tekanan politik yang melampau selepas ada perjanjian antara pembangkang dan kerajaan.
Daripada ketenteraman politik ini, kita nampak proses pemulihan negara berlaku secara tertib.
Ismail Sabri juga membawa imej clean lagi humble sangat-sangat memikat hati Nurani rakyat.
Beliau juga telah berjaya merapatkan saf dalam kalangan UMNO semasa PAU 2021 yang baharu lepas. Sudah ada tanda - tanda UMNO kini sudi sehati sejiwa menyokongnya sebagai pemimpin utama dalam PRU akan datang. Ucapan beliau berkali - kali mendapat 'Standing Ovation' daripada kesemua perwakilan dan akar umbi UMNO.
Strategi beliau untuk umumkan segala keputusan kerajaan dalam PAU 2021 bukan sahaja dapat dokongan dan sokongan perwakilan malahan mendapat sokongan dari rakyat.
Pembawaan politik perpaduan dan Bermusawarah telah berjaya satukan UMNO. Kini dengan kesepakatan TOP 5 inilah yang akan menggerunkan pihak lawan.
Kekuatan sedemikian akan membangkitkan lagi kekuatan jentera dan akar umbi UMBI-BN yang sedia ada untuk memperkukuhkan lagi kemenangan BN pada PRU yang akan datang.
Oleh sebab itu , Ismail Sabri Bakal Bawa Kemenangan 2/3 BN Dalam PRU 15 .

Comments
Post a Comment