Ismail Sabri Party Man Sejati
Saya yakin setiap seorang daripada kita sudah menonton video Ismail Sabri dicekak tangannya oleh Zahid Hamidi semasa pemimpin UMNO meraikan kemenangan besar mereka di Johor. Sebelum itu, sebilangan pasukan sorak upahan dan murahan melaungkan slogan, ‘bubar! bubar Parlimen!’ ke arah beliau.
Demikianlah hikayat hidup seorang insan bernama Ismail Sabri
di dalam UMNO. Namun, kesetiaan beliau terhadap parti keramat ini tidak
berbelah bagi.
Meskipun dipulaukan kepimpinan tertinggi parti yang dikepalai
Zahid Hamidi, beliau masih menabur bakti di Johor untuk memenangkan Barisan
Nasional.
Beberapa minggu kebelakangan ini, Ismail Sabri banyak
menghabiskan masa di Johor. Pagi di ibu kota, petang di selatan tanah air.
Minggu lalu, beliau mengumumkan pembukaan sempadan Singapura -
Johor yang memberi manfaat kepada lebih 415,000 Bangsa Johor yang mengerah
keringat di negara seberang.
Selain itu, beliau meluluskan pemberian 3200 tanah lot khusus
untuk generasi kedua FELDA di Johor.
Sebelum itu, beliau merasmikan Karnival Jamin Kerja Keluarga
Malaysia di Pontian yang membuka 5000 peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat.
Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Kem Segamat,
pelancaran Kolej Satelit di Pontian, projek perumahan mampu milik di Larkin –
kesemua ini menjadi gambaran kesungguhan beliau sebagai party man untuk terus berkhidmat demi kemenangan BN.
PRN Johor yang lalu ibarat satu pesta demokrasi yang
dirayakan dengan meriah. Banyak pemimpin-pemimpin besar parti yang turun untuk
membantu berkempen dengan ceramah.
Bagi Ismail Sabri, ceramah beliau adalah hasil kerjanya. Beliau
lebih selesa melunas berbanding menabur janji.
Itulah hikayat seorang party
man. Meskipun ada pihak yang menolak beliau ke belakang untuk memberi
laluan kepada orang lain, kami di peringkat akar umbi akan sentiasa melihat
beliau dengan kekaguman.
Terus berkhidmat Yang Amat Berhormat!
Comments
Post a Comment