KEMATANGAN POLITIK TRIO PEMUDA UMNO


Semalam kemenangan besar BN di Johor sedikit tercalar berikutan tindakan segelintir kecil penyokong BN yang terpekik terlolong menuntut pembubaran Parlimen sebaik ketibaan YAB DSIS di Command Centre.


Hal ini jelas bercanggah dengan budaya UMNO. Parti keramat ini dibina dengan rasa hormat dan patuh kepada pemimpin.


Namun dalam kegusaran melihat penyokong berperangai tak berpedoman tersebut, hadir 3 sosok Pemuda yang bingkas mempertahankan YAB DSIS.


Trio Pemuda hebat tersebut ialah Farid Md Nor (Ketua Pemuda UMNO Pahang), Amin Shukor (Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor) dan Neezam Abdul Aziz (Ketua Pemuda UMNO Pandan).


Ketiga-tiga pemimpin muda ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan segelintir penyokong yang dikatakan biadap dan tidak menghormati kepimpinan parti.


Ternyata masa hadapan UMNO cerah sekiranya pemimpin-pemimpin muda parti meneladani kematangan trio Pemuda tersebut.


Penghormatan kepada pemimpin tertinggi parti dan institusi Perdana Menteri telah lama menjadi darah dan daging yang menggerakkan tubuh UMNO.


Usahlah terbawa-bawa budaya songsang ke dalam parti keramat ini. Contohi trio Pemuda UMNO ini.


Bangkitlah Pemuda untuk Keluarga UMNO!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA