KEMENANGAN BN PRN JOHOR KERANA RAKYAT TERIMA KEPIMPINAN BARU BN
Kebijaksanaan Ismail Sabri adalah memberi ruang kepada kepimpinan BN di Johor turun padang mendekati pengundi, sementara beliau dengan gigihnya meyakinkan pengundi melalui inisiatif berterusan Kerajaan Pusat pimpinan beliau mendepani isu-isu rakyat.
Sebab itu, penampilan sulung beliau bersama jentera BN di Muar bersama Hj Hasni Mohammad, dengan tegas mengajak UMNO BN bersatu hati, tidak berlaga sesama sendiri sebaliknya menumpukan kekuatan menumpaskan calon-calon lawan. Ucapan beliau ketika itu tular dan menyerlahkan kebolehan orator yang bukan calang-calang!
Kemudian, strategi beliau disasarkan kepada isu anak muda dan pendidikan serta jamin kerja generasi ini. Turun kembali Ismail Sabri ke Batu Pahat menzahirkan komitmen beliau memastikan anak muda tidak tercicir ilmu dan sumber pendapatan.
Di Residensi Larkin Indah, beliau lancarkan inisiatif Pembiayaan Perumahan Inovatif ke arah usaha Kerajaan bagi merealisasikan "1 Keluarga 1 Rumah". Rumah yang mudah dimiliki serta selesa didiami, ini juga asas hidup Keluarga Malaysia yang dekat di hati Ismail Sabri.
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia memilih Johor Bahru sebagai lokasi sulung. Ini seperti memaku komitmen Ismail Sabri bahawa panji "Keluarga Malaysia" iltizam beliau bukanlah omongan. Inilah seiring seruan yang beliau ungkapkan ketika kunjungan sulung beliau sempena PRN Johor di Muar bahawa Barisan Nasional sahajalah parti yang benar-benar menjaga maslahat semua kaum di Malaysia seakan konsep Keluarga Malaysia!
Jiwa pemimpin Ismail Sabri sangat tulen. Beliau patuh dan ikut serta apa jua ketetapan Parti di Johor. Sebagai PM dan Naib Presiden UMNO, turut serta beliau di PRN Johor begitu berstrategi demi maslahat BN & Johor. Begitulah dinamiknya kepimpinan BN.
Akar umbi UMNO dan BN mesti mengakui dan bersetuju, Ismail Sabri dan Hj Hasni Mohammad, dua pemimpin BN ini membawa imej segar buat BN Johor. Mereka lah,
Yang sejuk rakyat memandang,
Yang bersih rakyat mahukan,
Yang tenang rakyat bersandar-harap!
Tahniah BN, 12 Mac nanti kita tahkikkan bersama!
Comments
Post a Comment