Kempen PRN Johor Menampilkan YAB PM DSIS Dan MB Johor Adalah Formula Terbaik


UMNO dilahirkan di tangga Istana Besar Johor Bharu. Parti keramat yang dibina di atas tanah keramat, demikianlah sinonimnya nama UMNO dengan Johor.

 

PRN Johor akan datang adalah simbol kelahiran semula UMNO. UMNO menghendakkan perubahan. UMNO memerlukan wajah baru. Wajah baru Barisan Nasional, khususnya UMNO hadir dengan Ismail Sabri dan Hasni Mohammad.

 

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Menteri Besar Johor itu dilihat mengiringi Perdana Menteri Malaysia ke mana-mana. Pagi di Pontian untuk pelancaran Kolej Komuniti Satelit, petang di Segamat untuk perasmian Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera. Beliau turut bersama-sama Ismail Sabri untuk 2 program yang lain iaitu Karnival Kerjaya Jamin Kerja dan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia.

 

Pendek kata, di mana ada Ismail, di situ ada Hasni.

 

Gandingan duo ini sebenarnya sedang memberi signal bahawa ini adalah masa hadapan Johor dan Malaysia. Keakraban kedua-dua sosok ini akan diterjemah kepada keakraban Johor Bharu dengan Putrajaya kelak.

 

Dinamik hubungan di antara kerajaan persekutuan dengan negeri adalah mustahak. Perbezaan ideologi kedua-dua entiti tersebut hanya akan merencatkan pembangunan negeri. Misalnya isu royalti minyak di Kelantan yang berlarutan puluhan tahun disebabkan perseteruan kerajaan negeri dan persekutuan. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung kerugian.

 

Ini adalah formula kemenangan UMNO dan Barisan Nasional di Johor. Bangsa Johor mahukan UMNO, namun mereka mahukan UMNO yang bersih. Permintaan mereka tertunai menerusi gandingan Ismail Sabri dan Hasni Mohammad.

 

Sebenarnya, kedua-dua pemimpin ini berkongsi banyak persamaan. Mereka berdua masih muda namun sarat dengan pengalaman.  Mereka mengambil alih pentadbiran sewaktu krisis politik berlarutan panjang. Dalam tempoh yang singkat mengemudi Malaysia dan Johor, banyak perubahan yang berjaya dibawa untuk Keluarga Malaysia dan Bangsa Johor.

 

Tawaran paling lumayan oleh Barisan Nasional untuk PRN akan datang ialah kestabilan. Johor sudah beberapa tahun diheret ke kancah politik sekaligus menjejaskan pembangunan di negeri itu. Sekiranya Ismail Sabri berjaya meredakan ketegangan di peringkat persekutuan, Hasni Mohammad mahu mengulanginya di peringkat negeri. Kepada Bangsa Johor, pilih kestabilan dan selamat mengundi!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA