Kepimpinan Ismail Sabri Membawa Malaysia Ke Fasa Endemik Bukti Malaysia Perlukan Seorang PM Yang Ada Pengalaman Menguruskan Pandemik


Pengalaman beliau sebagai seorang pemimpin yang berjaya memimpin Malaysia ke FASA Pandemik amat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Pada zaman yang berbeza kita memerlukan pemimpin yang memiliki ciri - ciri dan pengalaman yang berbeza. 


Untuk zaman pandemik ini kita perlukan segala pengalaman Ismail Sabri sebelum ini dari Menteri Pertahanan yang jaga MKN negara dan terkini sebagai Perdana Menteri dalam berhadapan dengan Covid.


Negara Malaysia akan memasuki fasa endemik bermula 1 April 2022. Ini adalah fasa untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.


Kita akan kembali kehidupan 'normal' yang kita nikmati sebelum ini. Had operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, sebaliknya dibenarkan beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing. 


Operasi kedai-kedai makan yang sebelum ini dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam sahaja kini mendapat kebenaran untuk dibuka dalam tempoh 24 jam selari dengan peralihan negara ke fasa endemik.


Dengan pembukaan semula sempadan, rakyat malaysia yang ada dokumen sah boleh keluar masuk seperti biasa dan boleh pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya.


Apabila sempadan antarabangsa dibuka, permintaan luaran akan meningkat dan industri tempatan perlu memenuhi perrmintaan pasaran global ini. 


Keadaan ini secara langsung akan memberi peluang kepada perniagaan tempatan meningkatkan kapasiti dan kualiti mereka. 


Ketenangan Ismail Sabri memimpin negara ketika berhadapan dengan Pandemik adalah sesuatu yang harus dipuji. Rakyat tidak lagi terlalu 'panic' seperti dahulu walaupun angka Covid kini masih lagi tinggi. 


Cara beliau menguruskan Pandemik dengan seimbangkan antara kesihatan dan ekonomi sangat berjaya. Negara Malaysia kini juga dinobatkan sebagai Top 10 Most Vaccinated Countr in the world. 


Pengalaman dan 'track recor'  ini sangat penting untuk menjadi pemimpin masa hadapan Malaysia. 


Hal ini disebabkan negara kita pada ketika ini berhadapan dengan cabaran yang berbeza. 


Zaman Pandemik Global memerlukan seseorang individu pemimpin yang ada kemahiran dan kejayaan dalam menguruskannya. 


Tahniah dan Syabas kepada Pak Long ! Rakyat kini akhirnya dapat kembali kepada kehidupan biasa mereka disebabkan kerajinan dan ketenangan anda memimpin negara dengan dasar dan polisi yang konsisten dan tidak tergopoh - gapah.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA