KIT SIANG DAH BERSARA. ANWAR IBRAHIM BAKAL MENYUSUL?


Baru baru ini, perhimpunan DAPSY  dijalankan dan kepimpinan baharu dijangka memberi saingan pada PRU 15. Malah, pengumuman persaraan Lim Kit Siang menjadi satu petanda bahawa 'dinasour' dalam kepimpinan Pakatan Harapan hampir pupus. Namun, jangan risau menteri kewayangan lupa titik perpluluhan masih ada. 


Beliau berkhidmat dalam DAP dan terbabit sepenuhnya dalam politik selama 56 tahun.


"Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik."


"Saya menarik diri daripada bertanding pilihan JTP (jawatankuasa pemilihan) hari ini. Sila padamkan nombor 39 daripada senarai calon JTP anda."


Persoalan besar adalah, adakah Anwar Ibrahim bakal menyusul bersara dari politik juga? Dan memberi laluan pada kepimpinan baharu? 


Persaraan ini sebenarnya mengikut jejak langkah Tun Mahathir yang secara sengaja memaklumkan pada khalayak namun secara senyap senyap mengatur buah catur politik  dibalik tabir. Tindakan ini secara tidak langsung memberi isyarat bahawa Lim Kit Siang masih menguasai pucuk kepimpinann DAP. 


Sebenarnya Lim Kit Siang pernah menggesa Tun Mahathir untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan mengugut untuk bersara sekiranya gagal dilaksanakan. Sekarang, beliau sudah bersara, siapa lagi mahu berjuang demi Anwar Ibrahim? Atau beliau juga sedang mencuit Anwar Ibrahim supaya bersara dari politik. 


Barangkali strategi ini sekadar retorik politik atau benar benar mahu mengubah pucuk kepimpinan secara radikal. Tetapi yang paling benar adalah Lim Kit Siang gagal menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kedua gagal sebagai pengemudi dalam Pakatan Harapan dan ketiga, Lim Kit Siang cuba menutup populariti Tun Mahathir. 


Sekian. Sampai bila Anwar Ibrahim mahu menjadi PM tepi ? 

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA