KWSP 10K One Off : YAB PM DSIS Umpama Bapa Yang Bertanggungjawab Demi Masa Depan Rakyat


Institusi keluarga sangat penting buat insan bernama Ismail Sabri. Beliau membesar sebagai Paksu, namun terpaksa membawa watak Pak Long sewaktu negara mula-mula dilanda musibah kesihatan. Kini di dalam Keluarga Malaysia, sosok dan keperibadian beliau tidak ubah seperti seorang bapa.

 

Tenang, kuat bekerja dan hanya mahukan yang terbaik buat keluarganya. Itulah Ismail Sabri, Bapa Keluarga Malaysia.

 

Dalam tempoh beberapa bulan terakhir, sebahagian kecil rakyat mula meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap Ismail Sabri lantaran mahu memecahkan tabung simpanan masa hadapan. Mereka ini terpengaruh dengan pakcik-pakcik nakal yang hanya mahu berlagak hero.

 

Seperti watak seorang bapa, Ismail Sabri bertegas menolak permintaan tersebut. Beliau sedar bahawa kelegaan sementara masa kini tidak boleh hadir dengan kesusahan di masa hadapan. Beliau membuka pintu rumah dan membenarkan anak-anak Keluarga Malaysia untuk kembali bekerja demi menyara keluarga tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

 

Hakikatnya, permintaan pengeluaran KWSP RM 10k tidak berasas. Kumpulan 40% terbawah pencarum KWSP mempunyai baki simpanan median berjumlah RM 1005 sahaja. Sementara itu, sebanyak 54% ahli Bumiputera mempunyai simpanan di bawah RM 10k.

 

Justeru, hasutan pengeluaran ini menguntungkan siapa? Yang pasti, bukan golongan B40 memandangkan tabungan mereka sudah tiris.

 

Namun tiada bapa yang sanggup melihat anaknya dalam kesusahan. Meskipun Ismail Sabri melarang ahli keluarganya untuk memecahkan tabung simpanan sendiri, beliau tetap bersedia menghulurkan bantuan kewangan kepada yang perlu. Misalnya sewaktu negara dilanda bah banjir baru-baru ini, beliau mengumumkan pemberian bantuan mencecah RM 10k kepada setiap individu yang benar-benar memerlukan.

 

Berkat nasihat Ismail Sabri untuk tidak menyentuh wang simpanan masa hadapan, semalam ahli-ahli KWSP mendapat perkhabaran baik dengan pengumuman dividen KWSP yang berjumlah 6.1%. Anggaplah ini upah daripada bapa kerana patuh dan mendengar cakap supaya tidak menyentuh wang tabungan.

 

Keluarga itu ertinya bersama. Susahnya bersama, senangnya juga bersama. Demi Bapa Keluarga Malaysia, ayuh kita ketepikan perbezaan ras, warna dan iltizam politik demi kemaslahatan bersama.

 

 


 

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA