KWSP Main Peranan Besar untuk Pasaran Modal Tempatan


Malaysia panas lagi sekali dengan desakan gerakan-gerakan untuk meminta kerajaan mengeluarkan ‘”one off” duit KWSP lagi sekali. Kata mereka; 10k terakhir. Saya dengar dengar, nama yang mereka berikan ialah i-Ceria. Mungkin ini adalah berita ceria bagi rakyat yang tak faham apa, mengapa dan kenapa KWSP ini ditubuhkan. Juga bagi mereka yang tidak faham bahawa KWSP ini bukan sekadar pusat dana pencen mereka, tapi lebih dari itu, yang mana bagaimana KWSP memainkan penting dalam pasaran modal tempatan.


Tapi persoalan yang lebih besar untuk kita sama rungkai, adakah desakan ini berita gembira kepada ekonomi kita?


Baik sebelum kita pergi lebih mendalam, elok kita lihat betapa KWSP telah kehilangan berpuluh billion dengan pengeluaran KWSP sebelum ini. Menurut, sidang media KWSP bertarikh 24.09.2021, sebanyak hampir 20 billion pengeluaran untuk i-Lestari, 10 billion pengeluaran KWSP telah dikeluarkan untuk i-Citra dan hampir RM 60 billion pengeluaran KWSP telah dibenarkan untuk i-Sinar.


Bayangkan hampir RM 100 billion kerajaan benarkan pengeluaran untuk menampung dan membantu rakyat untuk keluar dari  kehimpitan pandemic COVID-19. Ya betul, kalau sudah terdesak apa kita boleh buat. Tapi dalam keadaan ekonomi sudah dibuka, semua sudah boleh beroperasi, dan jikalau kerajaan masih membenarkan pengeluaran, kita akan kehilangan lagi RM 100 – RM 150 billion dana pelaburan.


Maksud mudahnya, dengan membenarkan pengeluaran lagi sekali, kemungkinan besar jumlah besar wang yang sudah kita benarkan adalah bernilai hampir RM250 billion. Berapa banyak aset beku yang perlu dicairkan, berapa banyak pelaburan luar negara dan dalam negara perlu untuk kita tarik balik untuk membenarkan pengeluaran ini. Menurut KWSP pada Jun 2020, asset yang dimilikinya sebanyak RM 1 trillion. Tak perlu amik kalkulator pun, kita dah boleh tahu satu per empat asset KWSP bakal dan telah dicairkan untuk pengeluaran one off ini.


Kehilangan aset sebanyak itu bukan lagi satu masalah, tapi ia satu BENCANA! Pencairan aset sebanyak itu akan mewujudkan kesan domini yang sangat teruk. Pelabur, ekonomi dan stok saham semua akan terjejas akibat pencairan itu. Malah keadaan ini akan diterukkan lagi bila krisis defisit kepercayaan pelabur terhadap kwsp akan mula wujud. Yelah, siapa yang hendak melabur ke atas satu institusi yang baru kehilangan ¼ asetnya. Bila pelabur sudah mula lari dan pelabur menarik pelaburannya dengan KWSP siapa yang akan terkesan? Kita. Malaysia.


Aset yang dicair bernilai billion itu nilainya bukan kecil, kita boleh salurkan kepada beribu syarikat tempatan yang pastinya akan membawa pulangan yang lumayan kepada masyarakat. Contohnya, jika KWSP melabur sebanyak 500 juta kepada DIY. Kita mungkin boleh dapat hampir 1000 – 2000 kedai DIY yang baharu. Dan jika satu kedai memerlukan lebih kurang 10-20 pekerja, hampir 30000 peluang pekerjaan baharu akan tercipta. Itu baharu satu kedai, bayangkan kalau KWSP boleh laburkan kepada hampir berpuluh atau beratus syarikat baharu. Berapa banyak peluang pekerjaan baharu boleh tercipta. 


Dan bayangkan kalau KWSP laburkan dalam syarikat yang mesra rakyat seperti 99 Speed mart atau Ecoshop, berapa ratus kedai yang menawarkan harga murah boleh kita bina. Dan apa kesannya? Perbelanjaan sara hidup rakyat akan menjadi lebih rendah.


Perkara ini sebenarnya perkara sudah lama dirancang oleh KWSP, cuma rakyat sahaja yang lalai. Sebab kita dibutakan dengan propaganda RM 10000 oleh agen agen populis. Cukup lah kita meminta ikan sedangkan kita boleh dapat Joran dengan pelaburan KWSP.


Menyedari kepentingan untuk memulihkan semula pasaran tempatan inilah yang menyebabkan KWSP akan mula melabur secara besar-besaran dalam pasaran tempatan untuk membantu syarikat-syarikat tempatan pra IPO seperti yang dimaklumkan oleh Ketua KWSP, Datuk Muhammad Umar. Sebab itulah kita kena jelas semula bahawa duit yang disimpan di dalam KWSP ini bukanlah seperti tabung simpanan tetapi umpama bank perlaburan. Bukan senang-senang untuk dikeluarkan begitu sahaja.


Bayangkan kalau duit KWSP ini habis digunakan atau turun secara mendadak, sudah pasti kitaran ekonomi yang disokong oleh perlaburan KWSP akan terjejas. Yang pasti rakyat akan menanggung merana dan terlepas peluang keuntungan.


Saya kira kita perlu kembali sedar fungsi KWSP ini dan tidak lagi termakan dengan dakyah populis tegar. Mereka itu faham sahaja tentang bencana yang akan terjadi dengan membenarkan lagi pengeluaran ini, sebab yang sokong searang bukan calang calang, bekas Menteri Kewangan Terbaik Asia pun dengar dengar dah mula beri sokongan. 

Tidak perlu lah terpedaya, mereka itu sekadar mahu wujudkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Dan percayalah,keputusan PM dan kabinetnya yang tidak mahu benarkan pengeluaran ini bagikan seorang ayah yang mahu kan terbaik buat anaknya. Dia tak mahu anaknya susah di sekian hari. Ingat! Asas penubuhan KWSP adalah untuk dana pencen, bukan waktu waktu seperti ini. KWSP ini umpama bank kita rakyat secara bersama untuk memacu kekayaan negara. Yang untungnya adalah kita dan jika tidak cermat dan rugi, kita jugalah yang menanggungnya

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA