KWSP RM 10,000 : Lebih Mudah, Lebih Pantas

 


Permohonan pengeluaran RM10,000 daripada dana persaraan KWSP boleh mula dibuat mulai 1 April, sejajar dengan hari peralihan Malaysia ke fasa endemik setelah 2 tahun bergelut dengan pandemik Covid-19.

 

Ramai yang mahu mengaku hero kerana menuntut inisiatif ini, tidak kurang juga mereka yang menentangnya. Walauapapun pendirian anda, Dato’ Sri Ismail Sabri wajar diberikan kredit kerana bukan sahaja memberikan lampu hijau untuk pengeluaran ini, malah turut memudahkan proses permohonan buat pencarum yang berminat.

 

Permohonan pengeluaran khas dibuka bermula 1 April dan berakhir pada 30 April, manakala pembayaran akan dikreditkan bermula 20 April ini. Maksudnya, dalam tempoh sesingkat 20 hari, pencarum boleh mengakses wang simpanan mereka. Sekiranya pengeluaran sebelum ini dilakukan secara berperingkat, kali ini pemohon akan menerima RM 10,000 sekaligus pada satu-satu masa.

 

Wang ini dapat membantu pencarum dalam membiayai persiapan sambutan Ramadhan dan Syawal. Sebelum ini, wang pengeluaran khas KWSP tidak dapat dioptimumkan sepenuhnya disebabkan rakyat masih dikurung di rumah. Hal ini menjadikan wang tersebut sebagai pengganti kepada gaji semata-mata. Namun kini ekonomi sudah dibuka. Wang ini dapat disuntik ke dalam kitaran ekonomi tempatan apabila pencarum berbelanja di bazar Ramadhan dan butik-butik baju untuk persiapan raya.

 

Selain itu, syarat dan proses permohonan turut dipermudahkan. Sebelum ini, instrumen pengeluaran sehingga RM 10,000 hanya ada pada i-Sinar. Walaubagaimanapun, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen tertentu yang membuktikan mereka kehilangan kerja, cuti tanpa gaji atau mengalami penurunan gaji pokok sekurang-kurangnya sebanyak 30%. Untuk pengeluaran kali ini, syarat-syarat ini telah dimansuhkan. Pencarum boleh mengakses wang simpanan mereka dengan lebih mudah. Malah, permohonan kini boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih i-Akaun.

 

Ramai yang boleh menuntut, namun tidak ramai yang mampu melaksanakannya. Dato’ Sri Ismail Sabri bukan sahaja membenarkan pengeluaran khas ini, malah beliau turut memudahkan proses permohonan. Pengeluaran ini turut disalurkan sewaktu orang Islam bersedia untuk menyambut Ramadhan dan Syawal.

 

Demikianlah kebijaksanaan seorang insan bernama Ismail Sabri. Beliau membantu, memudahkan dan memastikan inisiatif ini tepat pada masanya. Sebagai Bapa kepada Keluarga Malaysia, beliau juga mengingatkan anak-anaknya supaya hanya membuat pengeluaran sekiranya benar-benar memerlukan. Bagi yang masih mampu, teruskan menyimpan demi masa depan.

 

Terima kasih Dato’ Sri. Terima kasih banyak-banyak.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA