KWSP RM10k ONE OFF: MENTERI KEWANGAN JAYAKAN 6 STRATEGI YAB PM DSIS
Pengeluaran KWSP yang lepas baharu tamat pada bulan Februari 2022.
Seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan.
Ahli memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra pada 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Keadaan ini bermakna penerimaan terakhir sebelum ini hanya tamat pada bulan Februari 2022.
Oleh itu , bagaimana hendak Perdana Menteri benarkan pengeluaran sekali lagi sebelum ahli yang lepas belum lagi menerima pengeluaran terakhir mereka?
Strategi 2 : Kerajaan Boleh Turunkan Wang Kepada Mangsa Banjir
Pada ketika itu , negara dilanda dengan banjir yang amat teruk sekali.
Sekirannya KWSP dibenarkan pada ketika itu maka Perdana Menteri tiada alasan untuk meminta kabinet mengeluarkan wang kerajaan bernilai ratusan juta kepada semua mangsa dan rakyat Malaysia yang terkesan.
Strategi 2 : Kadar Dividen Yang Tinggi
Kadar KWSP sudah banyak tahun tidak melepasi paras melebihi 6%. Disebabkan oleh pengeluaran sebelum ini maka pada tahun 2020 kadarnya hanya pada 5.2%.
Oleh sebab itu , KWSP umumkan kadar dividend setinggi 6.1% pada 2 March 2022.
Sekirannya PM Ismail Sabri umumkan sebelum March 2 maka kadar dividend pada hari ini semestinya tidak melebihi 6%.
Strategi 4 : Kadar Dividend Tinggi Demi Kemenangan BN Di PRN Johor
Ini adalah sebahagian daripada strategi Perdana Menteri untuk memberi 'feel good factor' kepada BN pada PRN Johor dengan pengumuman kadar KWSP yang tinggi.
Strategi 5 : Pengeluaran Dekat Dengan Hari Raya
Ini adalah masa yang terbaik untuk pengeluaran KWSP supaya mereka yang memerlukan boleh gunakan wang lebihan ini sebelum Hari Raya.
Strategi 6 : Hadiah Kepada Akar UMBI UMNO
Pengeluaran ini dibenarkan sempena perhimpunan Agung UMNO. Supaya parti lain tidak boleh “claim credit”.
Dalam segala kritikan yang dilemparkan kepada Tengku Zafrul oleh Pemuda UMNO, harap jangan kita runtuhkan apa yang kita bangunkan.
Suka atau tidak, Tengku Zafrul yang akan laksanakan dan jayakan segala strategi bijaksana oleh YAB PM DSIS.
YAB PM - memberi visi dan strategi.
Menteri Kewangan - Pelaksana agenda ekonomi YAB PM DSIS.
Semoga Tengku Zafrul laksanakan sebaiknya arahan Perdana Menteri dengan KWSP RM10k one off ini. Ramai rakyat yang mengharapkan dari pengumuman YAB PM DSIS.
Jangan disusahkan rakyat dengan syarat-syarat ketat pula.
Kesemuanya ini adalah strategi politik demi rakyat , UMNO dan BN.
Comments
Post a Comment