Peranan KWSP Perlu Kembali Kepada Matlamat Asal Penubuhannya
Sepanjang
pemerintahan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Mahiaddin Yasin telah membenarkan
pengeluaran caruman KWSP melebihi jumlah RM 100b. Ini berlaku setelah pimpinan
beliau tidak cekap dengan tugas hakiki menampung kepayahan rakyat dengan
mengambil jalan singkat apabila rakyat menggunakan wang simpanan sendiri.
Angkanya sangat
besar, tetapi mekanisma ini hanya menjadi kelegaan sementara kepada masyarakat.
Ia tidak meredakan bencana ekonomi apabila masyarakat sudah terlatih dengan
anggapan bahawa KWSP ialah talian hayat setiap kali kesukaran datang.
Masih ada lagi
suara-suara kecil yang berharap untuk ‘pengeluaran terakhir’ dari caruman
mereka atas alasan itu adalah wang mereka sendiri. Soalnya, apa berlaku bila
simpanan tersebut habis?
Bencana ini akan
berterusan bila masyarakat ‘melayan’ KWSP sebagai sebuah bank. Walhal,
kedudukan KSWP sebagai ‘future deposit’ tidak setara dengan mana-mana
institusi kewangan di Malaysia. Kebajikan masa hadapan ini adalah agenda utama
yang perlu diketengahkan semula di sebalik kontroversi desakan pengeluaran one
off yang telah terbukti tidak menyelesaikan masalah rakyat.
Hari ini KWSP
mengumumkan pemberian dividen yang agak tinggi berbanding dua tahun sebelumnya
pada kadar 6.1%. Pengumuman dividen ini akan dirasai semua pencarum, tanpa
kekecualian. Sebagai tanda kesungguhan dan kebijaksanaan kerajaan, faedah dari
pemberian dividen ini akan menampung sedikit sebanyak kehilangan simpanan
pencarum dari pengeluaran besar sebelum ini.
Berdasarkan situasi
semasa dan KWSP peningkatan pelaburan, perkara ini boleh dilaksanakan.
Sebaliknya sekiranya pengeluaran berterusan diasak kepada institusi ini, tidak
ada lagi aset semasa yang boleh dilaburkan untuk meningkatkan kegunaan
pendidikan, rumah pertama, apatah lagi simpanan persaraaan.
Pembukaan sektor ekonomi di bawah pimpinan Dato Seri Ismail Sabri berjaya
memberikan impak positif kepada negara dan juga KWSP. Hasilnya, Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat
2021. Pertumbuhan positif ini juga memberikan gambaran jelas berkenaan situasi
ekonomi negara yang berada di landasan untuk pemulihan daripada kesan Covid-19
dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Pimpinan DSIS telah menjamin pembukaan sektor ekonomi yang berterusan. Dalam
agenda pemulihan ekonomi, KWSP dan kerajaan telah dan perlu terus bertegas
untuk mengembalikan fungsi KWSP sebagai nilai tambah kepada masa depan rakyat,
bukan sebagai bukit yang terus ditarah sebelum waktunya.
Itu adalah tanda
bahawa kerajaan komited menampung kepayahan masyarakat, bukan sebaliknya lari
dari tanggungjawab hakiki kerajaan. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk
mengelak masyarakat mengeluarkan sendiri wang dari poket masa hadapan mereka. Demi
kelangsungan dan masa depan rakyat, KWSP perlu kembali diketengahkan kepada
matlamat asal penubuhannya.
Comments
Post a Comment